ZIZI KIRANA tuju SIAPA YANG BAP BAP buat haters

Penyanyi popular Zizi Kirana kini muncul dengan single terbaharu berjudul Siapa Bap Bap. Lagu ciptaan DJ Fuzz bersama Musikwa serta lirik oleh Waris dan Aziquebeats itu telah pun dilancarkan semalam (6 Oktober 2018) menerusi muzik video yang dimuat naik disaluran Youtube Mixology Music.

Kata Zizi, “Siapa Yang Bap Bap adalah lagu yang saya tujukan kepada haters dan juga orang-orang yang ‘fake’.

“Berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini, Siapa Yang Bap Bap mempunyai beat yang lebih rancak dan lirik yang agak ‘deep’.

“Saya tak kisah andai lagu ini akan menimbulkan kontroversi kerana ia adalah realiti yang berlaku sekarang.

“Alhamdulillah, sejak lagu itu dilancarkan menerusi muzik video rasmi semalam, banyak respon yang saya terima. Ramai yang suka dan memuji lagu tersebut,” cerita Zizi.

Lagu Siapa Yang Bap Bap boleh didapati di semua platform digital seperti Joox, Spotify, iTunes, Apple Music dan KKBox.

Jom tonton muzik video rasmi Siapa Yang Bap Bap oleh Zizi Kirana ni!

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!