Zamani selamat bernikah

Foto: Instagram – @zimeproduction

Dengan sekali lafaz, Zamani Ibrahim atau Zamani telah selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani pada malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan dalam majlis akad nikah yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja di Ampang Kuala Lumpur.

Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan tujuh berbalas sembilan.

Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!