Zaiton Sameon teruja buat konsert amal

PENYANYI Zaiton Sameon,62, rasa bertuah apabila  dapat menjayakan kerja amal.

“Selain mencari rezeki di dunia saya juga memikirkan saham di akhirat. Sambil menghibur, sambil membantu yang memerlukan, begitulah juga dalam membantu yang memerlukan,” katanya kepada URTV.

Zaiton dan pemilik butik  D’Maiza, Datin Hajah Mainin Jali,40, baru-baru ini menyerahkan sumbangan masing masing kepada pihak Pusat  Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Meru, Klang, Selangor, yang berdepan insiden dimasuki pencuri.

Pusat lokasi sekolah khas untuk kanak-kanak golongan orang kurang  upaya (OKU) ini mendapat perhatian Zaiton dan ahli perniagaan itu untuk membantu.

“Saya dan Datin Mainin menyerahkan sebahagian wang kutipan jualan meja sempena persembahan saya pada Sabtu (27 Julai 2019) ini. Kami harap, sedikit sebanyak ia boleh membantu menampung perbelanjaan kanak-kanak di sini.

“Apa yang membuatkan saya sebak apabila melihat wajah anak-anak di sini yang memerlukan perhatian kita semua. Tergamak sungguh pencuri melarikan wang yang sepatutnya digunakan oleh kanak-kanak OKU. Di mana rasa peri kemanusiaan mereka?” luah Zaiton yang akan menjayakan Makan Malam Amal Diva Night bersama Zaiton Sameon di Kache Wedding dan Event Hall, Shah Alam, Selangor.

Artis-artis lain yang terlibat adalah Zur Eda, Ayu Damit, Reyhana dan Salma.

Sebagai penaja utama konsert, Mainin bukan sahaja telah membantu kanak-nanak OKU, namun persembahan amal ini juga adalah salah satu caranya untuk membantu Zaiton Sameon menjayakan projek amal.

“Saya mengikuti perkembangan Kak Eton. Saya  mahu sama sama membantu beliau menjana pendapatan melalu. persembahan amal begini.

“Saya bangga dengan sikap tidak putus asa beliau dalam menjalani kehidupan setelah mengalami kemalangan yang teruk dulu.

“Dalam masa yang sama, saya berharap persembahan sebegini membuka  mata lebih ramai pihak di luar sana agar memberi peluang sebegini kepada artis-artis veteran yang telah sekian lama berbakti dalam industri seni.

“Dulu saya pernah rasa susah sebelum sampai ke tahap sekarang. Sebenarnya ada lagi yang susah yang kita tidak tahu. Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah dan mahu berkongsi dengan orang lain.

“Menaja persembahan sebegini untuk turut mengurangkan beban kanak-kanak OKU salah satu cara saya bersyukur kepada Allah,” jelasnya semakin maju dengan bisnes butiknya D’ Maiza Boutique.

Sesiapa berminat membeli meja menonton konsert Zaiton Sameon malam esok,  boleh menghubungi talian 019-7611406.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!