Yusuf Iskandar dah jadi abang, Hanis Zalikha selamat lahirkan bayi perempuan

Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menimang cahaya mata kedua petang tadi.

Khabar gembira tersebut dikongsi oleh Hairul Azreen menerusi laman Instagram beliau dengan memuat naik gambar bersama ahli terbaharu keluarganya.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen pada pukul 5.59 petang tadi.

“Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,

Thank you Mommy @haniszalikha…Thank you sayang…Thank you my bam bam,” tulis Hairul.

Hanis dah Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.

Tahniah URTV ucapkan kepada Hairul dan Hanis atas kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

Semoga Alisa Aisyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!