YANG TAK BAIK JANGAN DIIKUT – NABIL AHMAD

PENGACARA sensasi dan popular, Nabil Ahmad berharap penonton maklum gurau sendanya sekadar memeriahkan sesebuah program tanpa niat tidak baik,  jauh sekali mencari marah orang.

“Kalau ada gurau senda (dianggap keterlaluan),  tak boleh diterima, saya dah  memohon maaf bukan sahaja secara terbuka di pentas tapi juga dah bertemu secara berdepan,”katanya.

Nabil, sudah meminta maaf kepada Jaafar Onn, tentang apa yang berlaku di pentas Gegar Vaganza 5 , baru-baru ini.

Semalam dan sebelum ini, Jaafar Onn meluahkan rasa terkilan dengan gurauan Nabil yang mengusiknya, konon pernah menjalani uji bakat rancangan realiti tapi gagal. Ini kerana beliau tidak pernah melakukannya.

Apapun URTV Online berharap Jaafar Onn dan Nabil Ahmad berdamai dan tidak bermusuhan sesudah permohonan maaf Nabil dibuat.

“Semua program  TV memang ada skrip yang perlu diikut dan tentunya ke arah baik-baik. 

“Tentang, adakah  gurauan dalam sesebuah rancangan TV atau lain lain, ajan jadi ikutan, (andai ada gurauan dianggap tak baik) ini terpulang pada individu. Dan nasihat saya, yang baik-baik sahajalah diikut, yang tak baik tak perlu jadi ikutan, “pesan Nabil. 

Dalam pada itu, lelaki ini disenangi ramai kawan sekeliling sejak sebelum dan sesudah menjadi artis, kerana sikap mesra dan ramahnya.

Ada mengatakan, di luar pentas, beliau menghormati orang dan tidak sombong.

Andai gurauannya dibimbangi mengguris hati, Nabil merendah diri memohon maaf.

Dalam pada itu, Nabil juga masih jadi buruan cinta, ada perempuan yang tertarik dengannya bukan sahaja, suka berjenaka tetapi penampilannya yang ada aura, kemas bergaya dan dianggap sentiasa stailo.

“Seperti yang diketahui umum, saya sudah berkeluarga dan alhamdulillah, saya masih mengutamakan keluarga,” jawabnya berharap yang meminatinya lebih daripada seorang artis pujaan, memahami.

Nabil bahagia dengan isteri dan dua orang anaknya.
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!