‘Yang Mano’ Taruhan Terbaru Ajak Shiro

Baru sahaja menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik.

Selepas tampil dengan single pertama  ‘Ging Gang Guli’ kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul ‘Yang Mano’.

‘Yang Mano’dicipta oleh gabungan  komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup dimana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya yang berunsur catchy.

Single ‘Yang Mano’merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepasdi https://wmm.lnk.to/ajakYM

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!