Warga Kumpulan Utusan Rai Tiga Pemimpin Kanan

“TERIMA KASIH.Hanya Allah yang mampu membalasnya”.

Itulah antara luahan penghargaan warga Utusan Melayu (M) Berhad kepada tiga pemimpin kanan syarikat yang telah menamatkan tugas masing-masing semalam.

Kira-kira 500 kakitangan Utusan dan anak-anak syarikat termasuk Utusan Karya Sdn. Bhd, menghadiri dua majlis perpisahan dan penghargaan kepada ketiga-tiga yang diraikan  iaitu Pengarah Urusan, Datuk Mohd Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad.

Majlis dimulakan dengan perjumpaan dan taklimat khas kakitangan Jabatan Pengarang pada sebelah pagi diikuti semua kakitangan pada sebelah petang.

Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada wartawan, jurugambar, dan kartunis syarikat yang memenangi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2017, baru-baru ini. 

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.

Warga URTV, Utusan Karya dan semua kakitangan Kumpulan Utusan mendoakan ketiga-tiga pemimpin kanan yang diraikan ini terus sukses dalam apa jua yang diceburi meskipun tidak bersama kami lagi.

Segalan jasa dan pengorbanan Datuk bertiga tak mungkin kami lupakan. Sentiasa kami ingat dan rindui. Hanya  Allah yang mampu membalasnya. Amin.. Amin…

TERIMA KASIH daripada URTV dan Utusan Karya.

Teruskan layari www.urtv.com.my dan beli Majalah URTV terbaru ya!

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!