Wanns Ahmad tak mahu bayangan Zizan

PELAKON yang berpeluang beraksi dengan baju topeng di dalam filem Cicakman  tak lama dulu, mahu terus mencipta nama sebagai  pengacara, penyanyi dan berlakon.

Setelah  lebih empat tahun lalu, Wanns Ahmad memperkenalkan diri, kini berharap  tidak dilihat dengan  ‘bayangan’ Zizan Razak!

Pernah tersenyum digelar ‘kembar’ Zizan Razak, kerana iras muka dan karektor yang kadang kala sama dengan aktor popular dari Terengganu itu,  Wanns berkata,” Kalau boleh saya tak mahu jadi ‘bayangan’ dia.

“Kami punya minat sama…suka nak jadi  pengacara, penyanyi dan pelakon. Kebetulan  pula iras serupa. Tapi saya tak mahu disangka mahu menumpang nama dia,” kata Wanns.

Malah kata pemuda berhidung mancung ini, tidak mahu disebut-sebut, dipanggil panggil atau dikenali pun dengan nama Zizan Junior.

Wanns beritahu Huzz juga, dia  kini sibuk dengan tawaran  berlakon daripada beberapa buah  produksi  tempatan.

“Alhamdulillah , akhir akhir ini murah  rezeki berlakon Huzz.

Drama berjudul Runtun Jiwa, Wanns bawa watak hantu (roh mat rempit).

“Ada drama , ada telefilem…dan disamping itu dapat tawaran jadi duta satu produk, tapi masih dalam rundingan.

“Drama terbaharu tengah shooting ni sebuah genre komedi dengan peneraju utama Azrel Ismail dan Uqasha Senrose. Saya pegang watak Opie yang jadi hantu setelah mati kerana  merempit,” cerita  Wanns  waktu kami berbual petang Sabtu (28 September).

Ditanya adakah tidak kisah jika ditawarkan berlakon dalam satu layar perak   dengan Zizan Razak? Baginya tak ada  masalah.

“Saya dan dia memang  kenal baik. Saya hormat  dia sebagai yang lebih senior. Memang saya  tunggu sangatlah diajak oleh mana mana produser, untuk berlakon bersama sama dengannya. Alang-alang satu skrin …biar orang tengok kami berdua berlakon, adakah masih sama atau tidak?,” jawab lelaki berasal dari Kelantan ini.

Mengenai single terbaharunya, “Sesudah Terus Mencintaimu, tengah cari ilham  untuk yang akan datang.

“Apapun, sekarang saya nak terus ligat kerja. Terima kasih yang melihat meminati dan mengakui kemampuan saya. Zizan pun pernah bagi semangat dengan pesanannya,  buat saja terus (aktif berlakon dan menyanyi) jangan berhenti!

Zizan Razak beri pesanan

“Begitulah kawan kawan lain yang memahami minat bersungguh saya, tak mahu saya mengalah dalam  mencari jejak dalam dunia hiburan,” katanya.

Betul tu, kalau dah minat, terus tunjukkan kemampuan.

Huzz harap Wanns  terus rajin berusaha. Mana tahu suatu hari nanti bergelar tak hanya popular tapi  yang terbaik!

HUZZ: Masih tak jemu jemu dengar lagu Bayangan nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!