[VIDEO] KING LHOTA, ‘pak itam’ yang fasih berbahasa Melayu

Pasti ramai tertanya-tanya siapa ‘pak itam’ yang dikenali sebagai King Lhota ini kan? Jejaka asal Sinegal ini adalah seorang penyanyi reggae, dancehall, afrobeat dan hip hop yang semakin membina nama di Malaysia.

Sudah lama berada dalam industri muzik hip hop Malaysia, King Lotha pernah muncul dengan sebuah album pada tahun 2006 di Malaysia dan telah berkolaborasi dengan ramai artis-artis hip hop tempatan seperti Waris, Nadhira, K-Town Clan, Dj Fuzz, Chakra Sonic dan ramai lagi.

“Saya sudah berada di Malaysia sejak tahun 2005. Sebab itu saya fasih berbahasa Melayu.

”Pada mulanya saya datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Cyberjaya. Kini saya sudah berkerja di sebuah syarikat pengurusan acara di Damansara.

“Saya memilih Malaysia kerana keluarga menyuruh saya mencari universiti di negara Islam. Atas perbincangan bersama keluarga, kami memilih Malaysia.

“Saya seronok tinggal disini, rakyatnya ramah dan sangat mesra. Selepas tamat pengajian kini saya bekerja disebuah syarikat acara disini.

“Kerjaya muzik saya sudah bermula sejak dari Sinegal lagi. Apabila berada di Malaysia, saya teruskan minat saya dan Alhamdulillah diterima peminat muzik hip hop di sini,” kata Lhota.

Bercerita tentang kebangkitan muzik hip hop di Malaysia, King Lhota akui dia kagum dengan industri muzik hip hop tanahair yang semakin berkembang.

“Saya sudah saksikan naik bangun muzik hip hop di Malaysia sejak saya berada disini. Dari era Too Phat sehingga sekarang.

“Tidak dinafikan sebelum ini muzik hip hop di Malaysia agak kurang mendapat sambutan. Namun sekarang muzik tersebut semakin diterima kembali.

“Ini adalah kerana perjuangan artis-artis hip hop Malaysia yang tak pernah putus asa pada muzik yang mereka cintai.

“Usaha Joe Flizzow dengan memperkenalkan program 16 Baris adalah salah satu usaha yang baik memperkembangkan lagi ‘scene’ hip hop Malaysia.

“Bagi saya muzik hip hop adalah sama dimana sahaja. Yang membezakan hanyalah bahasa dan budaya sesebuah negara.

“Jadi saya rasa sebab itu saya boleh diterima oleh peminat di Malaysia,” kata Lotha ketika ditemui di majlis pelancaran minuman tenaga Turbo 3 baru-baru ini.

Foto: Syefry Moniz

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!