[VIDEO] HAJI ZEEL tegur pelakon melampau

PRODUSER Zeel Production, Haji Zeel menegur perangai artis artis popular yang bukan setakat ‘jual mahal’ tapi berlagak sombong.

“Satu episod mahu bayaran  lebih atau sebanyak  RM3,000 untuk drama TV…dahlah tu, mahu  skrip  ditulis ikut cara dia.

“Sikap begini mengecewakan. Kami produser pun tak dapat bayaran tinggi daripada stesen TV.

“Tunggu ya, kami para produser akan duduk semeja, berbincang mengenai pelakon pelakon demanding sangat ni. 

“Kami akan  meletakkan harga tetap bayaran pelakon bagi setiap episod,”tegasnya.

Dan untuk pemgetahuan semua pelakon, penulis penulis skrip yang dipilih kebanyakan  produksi drama atau filem tempatan pasti yang  berpengalaman,   jadi jangan ada yang over nak memandai mandai mahu skrip ikut cita rasanya.

Perbaiki dulu mutu lakonan yang masih perlu dicantikkan. Jangan mudah  perasan popular kerana ramai  pengikut, hingga termasuk golongan  bersikap takbur.

Jom layan wawancara eksklusif URTV dengan Haji Zeel, selepas mengadu kisah pelakon pelakon yang mengecewakan.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!