Unik! Azharina buat sidang media di ‘awan biru’

Tampil berbeza, penyanyi Azharina memilih untuk mengadakan sidang media dan membuat persembahan di dalam kapal terbang yang sedang terbang pada ketinggian 10,000 – 15,000 pada Sabtu.

Sidang media Concert Azharina : Queen of Soul yang akan berlangsung pada 29 Jun 2019 di Teater Shah Alam itu dibuat dalam penerbangan Air Asia ketika dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah dari Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkan oleh Atlas One Events, Azharina Entertainment dan Kelab Rekreasi & Kebajikan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) ini mendapat kerjasama dari Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan (PADAT) Negeri Selangor dan Felda United Football Club (The Fighters).

Konsert yang bertemakan anti dadah ini bukanlah hiburan semata mata tetapi juga akan disampaikan mesej tentang bahayanya dadah kepada masyarakat terutama golongan belia.

Azharina akan mempersembahkan lagu lagu hitsnya seperti Elegi Sepi, Rawan, Sekian Terima Kasih, Cinta Terbagi Dua dan banyak lagi termasuk secara medley. Azharina juga akan diiringi oleh pemuzik pemuzik serta penari penari profesional dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Kelab Sukan & Rekreasi (KSDK) MBPJ yang juga Rakan Strategik Concert Azharina : Queen of Soul.

Konsert yang dianggarkan hampir dua jam ini juga bakal menyaksikan Azharina melancarkan lagu barunya iaitu Kau Kasihku ciptaan komposer dan penyanyi Korie Aminuddin. Kau Kasihku pastinya memberi kelainan dan memberi cabaran terhadap vokal Ratu Soul Azharina kerana melodi yang cukup kuat dari Korie.

Dianggarkan kurang dari 100 tiket sahaja yang tinggal dan hanya seminggu sahaja lagi sebelum berlangsungnya konsert tersebut. Untuk mendapatkan tiket Concert Azharina Queen of Soul, para peminat boleh layari www.proticket.com.my atau melalui Whatsapp di 0107616844.

CONCERT AZHARINA : QUEEN OF SOUL

Tarikh : 29 Jun 2019 (Sabtu)

Masa : 8.30 malam

Lokasi : Shah Alam Theatre

Online Booking : www.proticket.com.my Hotline : 03 7880 7999 & 010 7616 844

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!