TUNJUK SURAT HITAM PUTIH –FAIZUL HASSAN

Foto: FAISOL MUSTAFA

Lokasi: Hotel Sri Petaling, Jalan Radin Anum, Bandar Sri Petaling. (Terima kasih Pengarah Jualan dan Pemasaran Aleeza Zain dan Eksekutif Penolong Pengurus , Mohd Nizamri Md Yusoff, Hotel Sri Petaling)

SETELAH tersedar dirinya diperdaya, model dan aktor Faizul  Hassan  ( Nor Ahmad  Faizul Hassan) , 46, melahirkan kekesalan terhadap penipuan oleh kawan sendiri dan `orang tengah’ dalam urusan  bekerja.

“Selama ini saya jenis percaya orang. Kalau ditawarkan atau diajak berlakon iklan dan drama TV, saya tak ada masalah berunding dan tak demanding  sangat soal bayaran .

“Kerana minat saya lakukan kerja itu selain percaya yang menguruskan tawaran untuk saya ini , orang yang jujur.

“Bagaimanapun baru-baru ini saya terkejut  mendapat tahu, ada yang sudah melampau. Ibarat mengambil kesempatan di atas  kebaikan orang lain.

“Saya dikatakan hanya akan menerima bayaran dengan jumlah tertentu ditetapkan kononnya iklan saya jayakan bukan untuk TV. Hanya online.  Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila  baru-baru ini ikan tersebut, bersiaran di TV.

“Waktu perdana (utama) sebelah malam pula tu!

“Saya dapat tahu daripada pihak pengiklan, memang iklan itu untuk online dan kemudian TV. Itu sudah dimaklumkan kepada klien. Sedangkan saya yang diuruskan si orang tengah, tak  tahu pun untuk TV.

“Tapi apa nak buat?  Saya tak ada surat perjanjian atau  hitam putih dengan orang tengah. Macam mana nak  bertindak mengikut undang-undang?

“Pengalaman suatu pengajaran.  Mulai sekarang, saya tak mahu mudah  percaya orang. Untuk sebarang tawaran iklan atau kerja,  saya mahu diadakan, perjanjian lebih tegas.

“Bila kita baik orang pijak kepala. Mengambil kesempatan. Begitulah juga dengan yang saya sangka kawan, ajak saya  bekerjasama sebagai  duta atau jurucakap produknya.

“Tapi dia mungkin  tahu kenapa saya dah tawar hati nak meneruskan urusan dengannya. Saya juga kesal,  apabila beliau turut  melewatkan bayaran untuk semua kerja awal saya mempromosi produknya. Jadi saya dengan produk itu, kini  sudah tak ada kena mengena sebagai jurucakap jauh sekali dutanya.

“Saya harap gambar-gambar saya tak dipergunakan lagi.

“Saya bukan baru dalam dunia iklan dan lakonan. Di lain waktu saya mahu bertegas kepada yang tidak jujur,  dengan bersandar kepada undang-undang.

“ Mengenai drama TV, setakat ini  tak ada masalah namun saya harap lebih baik disediakan surat hitam putih  dalam soal bayaran juga perjanjian tawaran kerja  dengan semua pelakon tanpa pelakon utama sahaja.

“Pelakon pun kena simpan semua surat tawaran kerja dan terma andai berlaku sebarang masalah kemudian hari, boleh dijadikan rujukan,” katanya lagi.

Faizul yang boleh berlakon watak baik, antagonis dan komedi ini menetap di Ipoh, Perak dan sering berulang alik ke Kuala Lumpur atau ke merata lokasi penggambaran drama.

“Saya bukan jenis demanding  atau main rembat semua tawaran. Dalam soal kerja saya tak mahu tamak. Datang tawaran saya cuba aturkan masa agar tidak terkejar-kejar,” tambahnya yang kini sedang di lokasi drama terbaharunya menjelang lebaran nanti.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!