Tunggu RM1 juta, rahsia FREDO

Penyanyi lagu ‘berhantu’ yang tak jemu jemu didengar antaranya Kenangan Lalu  dan Mengapa Perpisahan Kau Pinta, Fredo (Amani Abdullah) ada rahsia jaga suara bertahan sedap!

Bekas vokalis kumpulan Flybaits yang popular sekitar awal 80an, masih aktif menyanyi sampai ke hari ini.

“Saya tak merokok, minuman tidak yang berais dan suka bersenaman…joging atau jalan kaki di Tasik Ampang berdekatan rumah,” katanya.

Amalan gaya hidup sihat ini membuatkan beliau kelihatan masih bertenaga dan muda walaupun, sudah masuk  ‘kelab usia emas 60an’.

Fredo juga jenis pemakan, suka masakan Melayu antaranya masak lemak siput sedut, ialah menantu seniman Allahyarham Mustapha Maarof.

“Ramai yang tak tahu, sudah lama saya jadi menantu arwah,” katanya yang pernah menetap di Singapura kini memohon untuk dapat Permastautin Tetap di Malaysia.

Seniman ini juga menunggu untuk mendapat tajaan RM 1 juta.

“Saya teringin nak buat konsert besar di Istana Budaya. Oleh itu, perlu mendapat sponsor atau tajaan RM 1 juta.

“Saya juga boleh menghimpunkan kawan-kawan Flybaits kerana masih berhubung baik dengan mereka,

“Sepatutnya ada showcase di Melaka akhir tahun ini, tapi pada saat akhir tak jadi sebab masih tak ada penaja,” katanya.

Kepada yang berminat untuk mengundang Fredo beraksi di pentas, anda juga boleh menghubungi pihak Media House Entertaiment atau MHE ditalian

Persembahannya pada majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi meraikan lebih 700 pesara awal warga Kumpulan Utusan dan anak anak syarikat, baru-baru ini meninggalkan kesan di hati yang bertamu di Dewan Besar Utusan, Kuala Lumpur.

Foto – FAUZI BAHARUDIN

Kenangan Lalu, Gurisan Terakhir, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta lagu lagu evergreennya yang dipersembahkan.

Kepada yang berminat untuk mengundang Fredo beraksi di pentas, anda juga boleh menghubungi pihak Media House Entertaiment atau MHE di talian 03-9224 6397

Ikuti wawancara URTV Online dengan Fredo.

Video: Isyraq Naiman
 
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!