TUNANG KAHWIN: AYDA PERLUKAH MASA…

Video: NAZRIN

AYDA Jebat yang tengah popular dengan lagu Temberang ( ciptaan Hael Husaini) masih berkawan dengan si dia? Siapa si dia tu?  Pasti ada yang dah tahu…dan mungkin ada yang tengah berteka teki ya?

Rasa-rasanya pembaca majalah  URTV  tentu dah tahu apabila kisah tentang mereka didedahkan tahun lalu. Ketika itu baru berkawan.

Pada pertemuan dengan Ayda Jebat malam tadi sempena pelantikannya sebagai duta  terbaharu Anas Cosmetics malam tadi,  online URTV merisik  masih kah berkawan dengan si dia atau tidak?

“Masih kawan…” kata Ayda Jebat.

Yang dimaksudkan itu tentulah si dia yang bermata romantis dan handsome.  Namun, tak  berselindung soal jodoh,  Ayda mengaku  pada waktu ini terpaksa ketepikan soal tunang atau kahwin.

Katanya, “ Saya masih ada komitmen terhadap adik-adik saya. Maklum, saya ni anak sulung.”

Gadis dari Melaka ini mahukan beberapa tahun lagi untuk terus tidak terikat dengan sebarang ikatan hidup berdua. Jom  tonton video wawancara dengannya meneruskan jawapan soalan tentang hubungan baik dengan seseorang juga perasaannya yang kian laris sebagai pelakon drama juga duta produk.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!