Trailer rasmi POLIS EVO 2 buat ramai teruja

Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem terbaru iaitu Polis Evo 2 bermula 22 November 2018 ini. Filem yang diarahkan oleh pengarah Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan para pelakon yang berwibawa hasil gabungan 3 buah negara  dimana daripada Malaysia menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli. Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia lain yang membintangi filem ini ialah Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Polis Evo 2 mengisahkan tentang Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut.

Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Mereka bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!