Tonton Trailer Rasmi Pertama Filem HANTU KAK LIMAH

Sejak diumumkan, filem Hantu Kak Limah antara filem yang menjadi sebutan dan dinanti-nantikan. Filem arahan pengarah hebat, Mamat Khalid ini bakal menemui penonton bermula 9 Ogos 2018 ini.

Masih mengekalkan genre komedi seram, filem kerjasama pertama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Delimawati, DatukAwie, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, Pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi.

Tonton trailer rasmi pertama Hantu Kak Limah

Sinopsis :
Hantu Kak Limah mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Kampung Pisang menjadi riuh gara-gara orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. Sementara itu, Husin dan rakannya melihat Kak Limah ada di rumah. Siapakah yang mereka temui sebenarnya? Mereka meminta bantuan Encik Solihin yang merupakan guru silat untuk memburu Kak Limah. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!