Tonton trailer rasmi filem DARK PHOENIX

Peminat komik adiwira, X-Men pasti tidak sabar menanti filem Dark Phoenix yang merupakan filem terbaharu francais filem X-Men. Pihak 20th Century Fox telah pun melancarkan trailer rasmi filem ke-12 francais X-Men ini.

Antara pelakon-pelakon yang akan membintangi filem arahan Simon Kinberg ini adalah Sophie Turner, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Jessica Chastain dan ramai lagi.

Filem Dark Phoenix mengisahkan tentang watak salah seorang ahli X-Men, Jean Grey yang bertukar menjadi jahat kerana kuasa Phoenix di dalam badannya telah mengambil alih dan mengawal dirinya.

Kuasa yang sangat dasyat itu berbahaya dan diluar kawalan. Pasukan mutan X-Men perlu bersatu dan menentang Phoenix untuk menyelamatkan Jean Grey dan juga dunia ini.

Filem Dark Phoenix dijangka ditayangkan dipawagam tahun hadapan.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!