Tonton Trailer Filem PASKAL

Filem Paskal adalah antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun ini. Bakal ditayangkan pada 27 September 2018, trailer filem ini sudah pun menemui penonton.

Pastinya ramai yang akan teruja dan tak sabar hendak menonton filem yang padat dengan aksi ini.

Diarahkan oleh Adrian Tan, filem yang diinspirasikan oleh kisah sebenar ini mengisahkan tentang anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLD) dalam misi merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Datuk Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Jom tonton trailer filem Paskal ini yang akan ditayangkan dipawagam bermula 24 September 2018

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!