Tonton tayangan perdana filem PASKAL

Filem Paskal adalah antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun ini. Bakal ditayangkan pada 27 September 2018, kini ada boleh menonton 10 minit pertama filem yang diinspirasikan oleh kisah sebenar ini menerusi ‘Tayangan Perdana Paskal The Movie’ di Youtube.

Selepas menonton tayangan perdana ini, pasti anda akan berasa tidak sabar untuk melihat penuh filem arahan Adrian Tan ini dipawagam.

Filem Paskal mengisahkan tentang anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLD) dalam misi merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Datuk Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!