Tonton muzik video MENANGISLAH – SYAMSUL YUSOF & MAWI (OST MUNAFIK 2)

Filem terbaharu Munafik 2 arahan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang kini mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini (30 Ogos 2018).

Filem seram dengan unsur Islamik dakwah itu mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan.

Munafik 2 menampilkan barisan pelakon seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah, Weni Panca, Roslan Salleh dan serta penampilan istimewa Namron.

Karya ke 10 Syamsul Yusof ini turut menampilkan lagu runut bunyi (ost) berjudul Menangislah nyanyian Syamsul sendiri bersama Mawi.

Lagu ciptaan sendiri oleh Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupunya Dr. Anwar Fazal yang turut menulis bagi lagu-lagu hits Kalah Dalam Menang, Senorita, Bukan Propaganda dan Selamat Tinggal Masa.

Jom tonton muzik video lagu ost Munafik 2, Menangislah nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi ini!

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!