“Tolonglah berubah”-JAY-JAY marah dan kesal

DUNIA hiburan kita hari ini riuh dengan ramai artis berbanding lagu-lagu sedap untuk bertahan lama seperti kebanyakan lagu-lagu  lama.era 60an, 70an, 80an dan sebelum  hadirnya alaf baru.

“Dulu tak ramai artis tapi lagu-lagu nyanyian mereka berkualiti dan menarik. Banyak  karya hebat dihasilkan dan nyanyian kebanyakan orang dulu  bertahan lama. Masih popular sampailah ke hari ini.

“Sekarang dek teknologi canggih dalam studio untuk rakaman dan penciptaan lagu, sayangnya tak semua hebat,” kata penyanyi, pemuzik 70an yang masih bertahan, Jay- Jay kepada URTV waktu kami berbual tentang lagu dulu dan sekarang.

Beliau yang pernah menjadi fenomena  kerana lagu Rindu Bayangan (yang masih popular jadi kesukaan ramai sampai ke hari ini), menegur  supaya penyanyi, komposer dan  artis baru  untuk  berubah.

“Ubah sikap, jangan ego. Pergilah berjumpa dengan komposer lama dan penulis lirik yang masih ada. Mereka  yang berilmu dan  berbakat besar ini tentu tempat selayaknya untuk orang baru menimba ilmu.  Jangan fikir kita buat itu betul kalau tak merujuk cara lebih baik, “katanya.

Jom ikuti video wawancara URTV dengan  Jay-Jay secara eksklusif yang dilakukan kemudiannya, petang 17 Januari tentang pandangannya, generasi gelanggang hiburan hari ini.

Kepada semua peminat- peminat beliau, jangan lupa 1 dan 2 hb Februari ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Jay-Jay antara artis 70an yang akan muncul di pentas Konsert Retro bersama-sama Uji Rashid,  Hail Amir, Dayang Ku Intan, Asmidar dan Lan Solo.

Dapatkan tiket-tiket serendah RM30 hingga RM100. Untuk mendapatkan tiket layari www.istanabudaya.gov.my

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!