Tiga Tahun Dalam Industri, PROJECTOR BAND Bakal Muncul Dengan Konsert Pertama

Band yang mula popular menerusi lagu Sudah Ku Tahu, Projector Band antara band yang masih kekal dan bertahan sejak penubuhan mereka pada tahun 2013.

Dianggotai oleh lima anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum, Projector Band bakal muncul dengan konsert pertama mereka pada pada 28 Julai 2018 setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air.

Konsert anjuran JW Live Productions Sdn Bhd yang akan bermula pada pukul 6.00 petang itu akan diadakan di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Menariknya, Projector Band akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakaldikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk Setia Menantimu.

Pelancaran tiket konsert tersebut telah diadakan pada 30 Jun 2018 lalu di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Projector Band turut membuat penampilan khas pada hari tersebut dan membuat persembahan serta bergambar dan beramah mesra bersama peminat yang hadir.

Tiket boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad).

 

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!