Tidak lagi percuma, tiket AJL 33 dijual bermula 7 Januari 2018

Bagi yang ingin menonton Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) pada 3 Februari depan, tiada lagi tiket percuma dikeluarkan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Penonton perlu membeli tiket yang dijual secara atas talian bermula 7 Januari ini untuk menyaksikan secara langsung acara yang akan diadakan di Stadium Axiata, Bukit Jalil itu.

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa, Ini merupakan kali pertama pihak mereka menjual tiket AJL kepada peminat. 

“Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 33 secara atas talian.

“Oleh itu, kami menyeru kepada semua peminat untuk melayari ​www.myticket.asia pada 7 Januari 2019 ini dan dapatkan tiket anda segera sebelum tiket habis, kerana harga tiket AJL33 yang amat rendah ini pastinya ia akan habis terjual pada masa yang singkat,” katanya.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan tiket AJL33 dengan tiga harga berbeza iaitu ​RM25 (Aras 4), RM35 (Aras 3), dan RM55 (Arena) secara atas talian di laman web www.myticket.asia bermula 7 Januari 2019.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!