The Wedding KL, Kejutan SHANEL HARUN

ESOK 26 Januari 2019 pukul 9.00 malam berlokasi di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur para penulis, pengikut , peminat dan tentunya tetamu VIP  yang diundang, jangan lupa menyaksikan peragaan puluhan baju  pengantin oleh designer popular, Shanell Harun.

“Ini tahun terakhir saya melibatkan kerjasama dalam promosi fesyen seumpama ini. Bukan bikin kejutan tapi keputusan sendiri.

“Bukan merajuk, tapi beri laluan pula pada yang lain, terutama orang baru, setelah bertahun saya  melibatkan diri untuk festival fesyen pengantin anjuran orang lain.

“Andai nak buat pertunjukan fesyen lagi, di waktu akan datang, saya anjurkan sendiri.

“Saya berbesar hati dan berterima kasih pada setiap penganjuran pada sebelum dan  tahun ini, diberi penghormatan menyaksikan hasil kerja.

“Dan malam esok saya diberikan waktu utama menyediakan fesyen fesyen pengantin diberi nama koleksi  Alanna dengan sentuhan  ilham saya.

“Model-model antarabangsa , bakal  memperagakan himpunan terbaharu koleksi ready to wear dan custom made Shanell Harun, “jelas Shanell.

“Koleksi pengantin  itu diantara harga RM1499 (sedia dipakai) dan tempahan pula sekitar RM6000,”tambahnya.

Siapa artis popular yang akan beraksi melaram pakaian Shanell Harun, malam esok? Nantikan.

Selain beliau, The Wedding  Kl turut menampilkan rekaan designer popular tanah air yang lain di waktu berlainan pada 26 dan 27 Januari di lokasi sama.

Jadi, jangan ketinggalan menonton peragaan eksklusif The Wedding Kl 2019.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!