THE LOVE@MATIC – suasana selesa, mesra harga #jomlepak

DULU dikenali sebagai Restoran Saloma. KEMUDIAN bertukar pengurusan jadi bernama The Wow.

TERKINI…bermula 2019, dibawah kendalian baharu Restu Ag, restoran popular ini diberi nama The [email protected]

Baru baru ini sesudah majlis pelancarannya, URTV sempat singgah meninjau bufet makan tengah hari di ruang legar (bukan dalam dewan), yang terbuka.

Wah! Patut ramai pekerja pejabat pejabat berdekatan melepak untuk lunch di situ.

Ada banyak aneka lauk pauk kampung  resepi 13 negeri di negara kita. Daging Gulai Kawah, Gulai Ikan Temenung, Dahing Asam, Ikan Masak Asam, Sambal Udang Petai, Masak Lemak Ayam Cili Api, Asam Pedas Ikan dan banyak lahi, lengkap sambal belacan, ikan masin dan ulam ulaman.

Malah ada set Kari Kepala Ikan dengan nadi, air dan lauk tambahan…hidangan Chef Ku dan teamnya di sini, untuk empat orang baru RM100 sahaja.

Harga dikira berapa jenis lauk dimakan! Rata rata pelanggan kata, murah dan sedap. Suasana bersih , teratur dan tenang.

Harga kedai luar kadang kala sekepala  dekat RM40 dengan lauk pauk lebih tiga, di sini bawah RM20 sahaja.

Menurut pihak The Love @Matic, Zul Fathie Amin, ” Bufet lunch ini diperkenalkan dengan harga berpatutan.

“Di sini tarikan barunya selain majlis tempahan dalam dewan setiap malam RM130 seorang dengan aneka lauk, kita ada minum petang serendah RM15 termasuk air (roti canai, lempemg, ubi kayu dan  lain lain), bufet makan tengah hari kita dengan sajian lauk pauk serendah RM20 termasuk air dan harga tambahan mengikut lauk pauk tambahan. Kita juga ada mi dan bihun sup utara.

“Selain itu pakej perkahwinan RM65 seorang dengan menu, foto, pelamin. Sesiapa dan buat sebarang majlis boleh hubungi saya di 0321641139.”

Memang berbaloi. Ternyata The [email protected] lokasi pilihan baharu yang menarik untuk dikunjungi jangankan warga pekerja di sekitar kawasan berdekatannya di Jalan Ampang, bahkan semua baik tetamu dari luar Kuala Lumpur, pelancong luar negara  dan ‘kaki makan’ di mana sahaja.

Ruang komen
Huzz
News Reporter