
THALIA Rasul, 31, menafikan selalu memilih menyanyikan lagu lagu Ziana Zain ketika ‘cari makan’ di merata undangan menyanyi atas kemahuan sendiri.
“Betul, sejak kecil saya cukup minat dengan nyanyian dan kebanyakan lagu lagu beliau dan suka menyanyikannya.
“Bila masuk pertandingan Mentor saya teruja menyanyikan lagu Kak Ziana. Dan bila dah selesai menyertai rancangan tu, saya selalu diminta peminat dan penganjur, menyanyi lagu lagu Kak Ziana Zain. Rasanya tak salah kan?
“Setakat ini, tak ada yang marah kenapa saya asyik nyanyi lagu orang lain. Kalau ada yang mempersoalkanm jawapannya saya mudah, saya nyanyi bila ada yang mahu.
“Sebetulnya pun, saya pun ada lagu lagu sendiri, satu dah rakam juduk Diratah Hiba (ciptaan Rosli Ahmad lirik Andy Sulaiman), dan dua lagi Hilang (W/Andy Sulaiman) Rasa Oren (Rosli Ahmad) akan dipromosukan rak lama lagi..saya nak punya EP sendiri, “kata Thalia finalis Mentor 2010 kepada URTV .
Malah dia tak ragu dengan lagu-lagu sendiri walaupun popular dengan lagu orang lain.
“Saya harap lagu lagu saya akan disukai ramai, saya menantikan saat itu dan tak ralat kalau mengambil masa untuk popularkan lagu saya,” katanya lagi yang turut berharap dapat sokongan pihak media cetak dan penyiaran.
“Betul suami saya Mohd Azam juruhebah di KlFm dan hos program TV RTM, tapi dia dah beritahu, dia tak boleh memutarkan lagu saya kerana pasti tak sesuai apatah lagi saya isterinya.
“Jadi kalau peminat tertanya tanya kenapa lagu saya tak keudara dalam ramcamgan suami, harap maklum, ia lebih baik bagi mengelak salah faham orang,”cerita Thalia yang punya seorang anak, Keisya Lestari, 7.
Foto: Zulhilmi Zaini
Ruang komen