TERUJA JUMPA BAKAL PENGANTIN

MACAM tak percaya. Tapi itulah realitinya. Dua artis yang bakal bersatu dinikahkan Mac ini, muncul di depan mata!

Riuh rendahlah dibuatnya apabila kedua duanya,  tak menyombong malah sudi bergambar bersama sama!

“The best experience ever jumpa kak Fasha Sandha denga Abang Aidil Aziz. Manis wajah  Kak Fasha. Sabar saya menunggu giliran nak bergambar dengan kedua duanya di Boat Noodle, Aman Central Alor Setar,  kebetulan waktu tu customer tengah ramai. 

“Mereka nampaknya ramah dengan orang sekeliling dalam  restoran yang menyapa, mereka kongsikan juga kek  di meja  dengan yang lain. 

“Doa saya semoga kedua duanya, selamat bernikah bulan depan,  berkekalan hingga ke akhir hayat …sampai ke  syurga dan bahagia bersama orang orang  tersayang, “cerita Nur Farah Atikah Suhaidar peminat Fasha dan Aidil kepada URTV, ketika berkongsi gambar ini.

Farah menganggap kenangan bertemu dua pelakon popular itu sangat indah. 

Ketika Huzz menghubungi Aidil Aziz pula,  katanya, ketika berada di Kedah baru baru ini, dia dan buah hatinya,  singgah makan di situ.

“Terima kasih atas doa semua buat kami, “kata Aidil yang mengaku berdebar debar nak jadi suami tak lama lagi.

“Memang berdebar debar Huzz,persiapan banyak lagi tengah  buat, nanti saya jemput Huzz datang ya, “katanya yang  cintanya semakin hari semakin kuat sejak saling jatuh cinta dengan Fasha pada awal  tahun lepas.

Fasha dan Aidil singgah makan dan meraikan ulang tahun kelahiran ahli keluarga Fasha di Restoran Boat Noodle , Aman Central, Alor Setar Kedah baru baru ini.

Lebih teruja apabila kedua dua orang tua merestui hasrat mereka nak hidup bersama sama.

Status ibu tunggal anak dua bukan masalah buat Aidil yang masih teruna, kerana yang penting, mereka saling mencintai.

Aidil Aziz, 31 bertunang  dengan Fasha Sandha, , pada 18 November dan dijadualkan bernikah Mac ini.

Fasha yang lahir 28  Mac 1984 itu bakal meraikan usia barunya bulan depan.

Kepada bakal pengantin, semoga dipermudahkan segala persiapan.

Semoga semua dirancang dipermudahkan dan dijauhkan Allah daripada sebarang masalah.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!