Temui artis popular di FIESTA MED 2019

Bagi anda yang berada di Melaka dan kawasan berhampiran, apa kata berkunjung ke Fiesta MED 2019: Usahawan Wira Ekonomi di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang bermula 26 hingga 28 April 2019.

Menariknya, lebih 30 artis popular yang akan memeriahkan program selama tiga hari ini seperti Zamani, Datuk DJ Dave, Andi Bernadee, Izzue Islam, Datuk Fazley Rozita Che Wan, Ani Mayuni, Beego dan ramai lagi.

Fiesta MED 2019 menawarkan pelbagai program menarik yang boleh disertai pengunjung secara percuma.

Antaranya Zumba Aloha Melaka, pertandingan Pidato Generasi Harapan, Battle Orang Muda, Gusti Lengan Mr. Melaka, pertandingan karaoke secara terbuka dan banyak lagi aktiviti lain.

Selain itu, terdapat juga 300 reruai jualan, trak makanan, 50 usahawan anak seni, reruai 1 daerah 1 industri (SIDI), jualan harga patut dan juga showcase jualan selebriti pada Fiesta MED 2019.

Fiesta MED, anjuran MHE dengan kerjasama MED turut disertai semua agensi di bawah MED antaranya TEKUN National, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Institut Koperasi Malaysia (IKN) Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, PROTEGE, MAGIC, Institut Latihan Keusawanan Negara (INSKEN) dan UDA Holdings.

Jangan lupa berkunjung ke Fiesta MED 2019 di MITC Melaka bermula 26 hingga 28 April 2019 ini.

Fiesta MED: Usahawan Wira Ekonomi 2019

Lokasi: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)

Tarikh: 26 hingga 28 April 2019

Apa yang best di Fiesta MED

JUMAAT – 26/4

• Pidato Cilik / Nasyid

• Forum Muzikal Islamik • Bisnes Talk SDSI bersama Faizal Tahir & Zero

SABTU – 27/4

• Pertandingan melukis kanak- kanak

• Zumba Aloha Melaka

• Battle Orang Muda

•Karaoke Terbuka Fiesta MED

• Gusti Lengan Mr. Melaka

• Showcase Usahawan Selebriti / Hiburan Santai

AHAD – 28/4

• Kenduri Rakyat Pak Wan

• Final Battle Orang Muda

• Karaoke Terbuka Fiesta MED

• Pelancaran Gadis Panca AGAPE 2019

• Zumba Aloha Melaka

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!