Teater Neo Disiden satukan alumni, graduan dan pelajar teater ASWARA

Fakulti Teater ASWARA dengan kerjasama 4 Element Resources akan mementaskan sebuah teater Neo Disiden hasil tulisan Siti Jasmina Ibrahim yang juga merupakan graduan Fakulti Penulisan Aswara.

Teater inspirasi dari naskhah agung William Shakepeare Julius Caesar dan Tragedi Brutus ini diadaptasikan ke sebuah dunia yang memperlihatkan kebangkitan sebuah generasi dalam perjuangan mereka.

Neo Disiden membawa makna penentangan baru merujuk kepada sebuah kelompok yang berpegang pada tradisi sebuah organisasi dari ancaman monarki dan diktator yang melanggar norma yang selalu diamalkan oleh mereka yang ada dalam organisasi. Ianya digambarkan menerusi kehidupan sisi gelap organisasi mafia yang n boleh berlaku di mana-mana.

Pementasan Neo Disiden adalah cetusan idea dari lahirnya pementasan teater Gedebeyang pernahdiarahkan oleh Nam Rondan dipentaskan pada tahun 2001 di Pangggung Eksperimen ASWARA. Beliau yang telah anugerah Pelakon Terbaik FFM ke 29, Pengarah Terbaik FFM ke 30, Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) kali ini bertindak sebagai Pengarah Artistik.

Namun demikian pementasan kali ini diberi intrepretasi baru, sebuah dunia baru digambarkan menerusi sisi gelap pergerakan mafia berkonsepkan ‘noir’, kegelapan, kepincangan dan kepura-puraan. Ianya dianggap bersesuaian konsep yang dibawa berbeza dengan konsep skinhead dan punk yang ditampilkan dahulu.

Teater yang diarahkan oleh Khairunzawan Rodzy ini menggabungkan kembali Alumni Aswara yang juga merupakan graduan teater yang telah pun mencipta nama dalam industri seni.

Antaranya Nam Ron, Amerul Effendi (Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA), Rosdeen Suboh (Pelakon Terbaik FFM Ke 30), Taiyuddin Bakar, Along Eyzendy, Mustakim Mohamad, Muhamad Shaqirin dan juga 20 pelajar Diploma Teater Tahun 2.

Sinopsis Neo Disiden

Neo Disiden bergerak dari perspektif Brutus, suatu gambaran penentangan keberanian membina suatu suara baru yang memperjuangkan nasib rakyat terhadap pemerintahan Caesar yang dianggapnya sebagai pemerintah yang lupa pada kewajipan sebagai pemerintah. Dari perancangan, konspirasi suatu disiden yang baru telah diangkat. Dan kematian kuasa pemerintah itu, menjadi petanda keruntuhan sebuah makna mutlak dalam diri manusia. Neo Disiden memperlihatkan pertembungan konflik diri, nilai persahabatan dan kesetiaan, penentangan, persengketaan dan perbezaan ideologi antara Brutus, Cassius dan Antonius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan dan kebenaran.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan teater Neo-Disiden pada pukul 8:30 malam  (19 – 21 Julai 2019) dan 3:30 petang  (20 – 21 Julai 2019) ini. Tiket dijual pada harga RM 55/RM 35 (umum) dan RM25 (pelajar).

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!