Teater Neo-Disiden diinspirasi dari tragedi Brutus karya sasterawan William Shakespeare

Fakulti Teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan mementaskan teater Neo-Disiden inspirasi dari Tragedi Brutus dari karya sasterawan William Shakespeare pada 19 hingga 21 Julai 2019 di Panggung Eksperimen, Aswara.

Naskah tulisan Siti Jasmina Ibrahim ini merupakan arahan bersama oleh NamRon & Khairunazwan Rodzy, gabungan nama-nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni Aswara yang telah mencipta nama dalam industri seni negara.

Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad  dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni samada teater mahupun dalam perfileman.

Teater Neo-Disiden ini telah diberi olahan baru dan diperkembangkan isunya bersesuaian dengan latar sosial dan budaya setempat.

Teater Neo-Disiden ini mengisahkan konflik, pertentangan dan pertempuran ideologi antara Brutus dan Cassius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan, pertembungan ideologi Caeser, Brutus dan Cassius memperlihatkan persahabatan, persengketaan  dan kesetiaan yang akhirnya mengorbankan maruah.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan teater Neo-Disiden pada pukul 8:30 malam  (19 – 21 Julai 2019) dan 3:30 petang  (20 – 21 Julai 2019) ini. Tiket dijual pada harga RM 55/RM 35 (umum) dan RM25 (pelajar).

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!