TAKKAN MUNGKIN buah tangan terbaharu SOFAZR

Kumpulan Sofazr kini muncul dengan single terbaharu berjudul Takkan Mungkin yang dicipta oleh One S.B, Syah Sofazr dan Fairuz Sofazr, manakala lirik pula oleh One S.B.

Kumpulan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2003 ini dianggotai oleh Wan Shahbaharin Niktah (Syah) gitaris pertama, Wan Shah Baharom Niktah (One) dram, Ahmad Fairouz Bin Mohammad (Fairuz) bes, Amir Mahiyiddin (Ameer) vokal, Zarimi Zahari (Zimi) gitaris kedua serta vokalis kedua dan Rodie Jamun (Rodie) keyboard.

Lagu Takkan Mungkin mengisahkan tentang seseorang yang kecewa terhadap ketidak-jujuran pasangannya lalu menghancurkan kepercayaan itu sedikit demi sedikit.

Lagu yang mengambil masa dalam sebulan lebih untuk melodi dan enam bulan lebih untuk menghasilkan lirik kerana ia berdasarkan pengalaman sendiri dan teman-teman sekeliling.

Kelainan lagu ini pula terletak pada bait bait lirik lagu itu sendiri kerana sudah pasti ia akan meninggalkan kesan terhadap si pendengar yang mengalami.

Pada 25 November 2018, Sofazr akan mengadakan showcase di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada jam 3 petang, dan bakal menampilkan artis jemputan Treehill dan Amir Masdi.

Sebanyak 15 buah lagu akan di nyanyikan dan bakal menggegarkan Hard Rock Café dengan lagu-lagu hitz Sofarz.

Lagu Takkan Mungkin boleh didapati  di semua platform digital seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer bermula 19 November 2018.

 
Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!