Tak sunyi tanpa lelaki, RAJA EMA TOLAK LAMARAN SUAMI ORANG

JANGANKAN golongan bujang berharta malah masih ramai suami orang masih mengharap menunggu mahu menjadikan penyanyi dan pelakon era 80an, Raja Ema, 50 sebagai isteri!

“Walaupun pernah memberitahu sebelum ini, saya tak mahu hidup bermadu tapi itulah, masih ramai menaruh harapan. Bagaimanapun, saya telah menolak dengan baik. Saya cakap elok-elok, tak mahu bercinta  apatah lagi kahwin dengan suami orang.

“Bukannya cakap sombong. Tak mahu juga berdrama yang hidup sunyi tanpa lelaki. Sejujurnya, sekarang ini saya boleh hidup tanpa lelaki bernama suami. Saya bahagia dan gembira dengan dua orang anak lelaki yang dah berusia 20an ,” terus terang penyanyi 80an  yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman ini kepada URTV Online .

Huzz merisik hatinya tentang cinta apatah lagi terdengar ada ahli perniagaan berminat dengan Raja Ema ibu tunggal  bertahan cantik lawa.

Raja Ema pernah berkahwin dengan penyanyi popular sekitar 80an, Sheqal sekitar 1993. Namun rumah tangga   berakhir dengan perceraian setelah mempunyai dua orang anak,Putera Ammar dan Putera Akashah.

Bekas suaminya pun sudah lama berkahwin lain.

“Berapa lama saya dah menjanda?  Entahlah… tak ingat dah…rasa lama dah kot, dan saya tak pernah kahwin lagi sesudah itu,” katanya sambil ketawa seperti enggan mengingati kisah pahit rumah tangga  yang berlalu.

“Dan saya tambah kuat dan tabah setelah jadi ibu tunggal. Saya bersemangat bekerja dan membesarkan anak-anak.  Kawan-kawan perempuan pun suka tengok saya berdikari. Saya ramai kawan perempuan dan lelaki. Tapi kalau ada lelaki nak lebih daripada berkawan saya tak mahu.

“Selain itu, anak-anak pun tak mahu saya kahwin lagi.

“Andai kata….suatu hari tiba-tiba terbuka hati kahwin lagi, kenalah bakal suami membuat anak-anak menerimanya. Dan lelaki itu, mampu memberi kebahagiaan yang lebih daripada apa yang saya ada sekarang. Sekali lagi, saya nak beritahu…tak mahu bermadu,” jawabnya mengulangi pendirian.

“Pun begitu, tak terdesak dan tak kisah kalau tak ada jodoh untuk berumah tangga kerana saya bahagia dengan apa yang saya ada sekarang,” tambahnya.

Walaupun akan muncul dengan single terbaharu ciptaan Fauzi Marzuki (hasil usaha URTV menemukannya semula dengan komposer lagu –lagu popularnya dulu), Raja Ema menganggapnya hanyalah nyanyian dan sebuah lagu.

“Setelah saya aktif berlakon selain sibuk dengan bisnes, saya rindu nak rakam single terbaharu. Selalu ke merata show menyanyi lagu lama sahaja,” kata bekas artis rakaman EMI era 80an.

“Tak ada orang baru atau yang melekat di hati bila menyanyikan lagu cinta ini,” kata Raja Ema lagi tentang  lagunya yang akan dilancarkan tak lama lagi.

MENGAPA SINGAPURA?

SERING berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura?  Raja Ema menafikan ada insan yang istimewa di sana.

“Bukan kerana lelaki. Tapi urusan bisnes. Setelah mengusahakan produk sabun-sabun dan penjagaan badan, saya sering diajak menjayakan jualan di karnival sana. Memang ramai pelanggan perniagaan saya sebab orang sana , kebanyakannya mengatakan, mereka suka produk sabun dan penjagaan badan home made.

“Saya suka membuat sendiri. Terbaharu, pewangi ketiak bebas bahan kimia dan alkohol. Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai produk saya boleh melayari www.rajaema.com,” pesannya.

Pada 12 Januari ini Raja Ema akan muncul di Pop Up Store Amaxx Mall.Com Sdn Bhd .Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sempena pelancaran syarikat e-dagang itu yang turut memuatkan produk jualannya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!