“Tak percaya akan bergelar ibu buat pertama kali di usia 41 tahun” – SARIMAH IBRAHIM kini hamil hampir 4 bulan

Pelakon, penyanyi dan pengacara Sarimah Ibrahim mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung.

Berita gembira tersebut dikongsi Sarimah menerusi akaun Instagram pada hari ini.

Menurut Sarimah, dia menyedari dia hamil pada penghujung tahun lepas semasa hendak pergi percutian keluarga.

“Alhamdulillah…ini adalah berita paling menakjubkan yang kami ketahui pada penghujung tahun lepas. Semasa kami hendak pergi percutian keluarga, saya dan suami mendapat tahu yang kami akan menerima kehadiran orang baru dan menjadi sebuah keluarga kecil. 

“Memang susah untuk merahsiakan perkara ini sehingga sekarang. Kepada semua rakan kerja dan klien yang terpaksa tolak tawaran beberapa bulan ini, sekarang anda sudah tahu sebabnya.

“Allah telah makbulkan doa saya. Ini adalah satu kurnian berharga daripada syurga yang diberikan oleh Allah kepada saya dan suami.

“Saya kini hamil hampir empat bulan dan saya tak percaya akan bergelar seorang ibu buat pertama kali di usia 41 tahun.

Sarimah turut menyatakan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan dan meminta doa untuk dirinya bersama bayi yang bakal dilahirkan itu.

“Alhamdulillah untuk keajaiban ini. Saya dan suami amat gembira dan bersyukur dengan rezeki ini. Tolong doakan yang terbaik untuk kami dan juga bakal cahaya mata kami.

“Kami akan berkongsi perkembangan terbaru dari masa ke semasa.

“Saya dan suami amat gembira dan teruja serta dalam masa yang sama berdebar dengan kurniaan ini. Banyak persediaan yang perlu dilakukan..Syukur Alhamdulillah,” kata Sarimah lagi.

Sarimah telah melangsungkan perkahwinan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47 atau mesra disapa Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!