Tak ‘jual mahal’ – Uji Rashid

SIAPA kata pelakon dan penyanyi popular Uji Rashid ‘jual mahal’? Konon beliau dan anaknya Cico Harahap mahu bayaran mahal untuk menjayakan drama dan filem?

“Saya tak pernah letak harga terlalu tinggi atau yang kedengaran  tak berpatutan. Mungkin ada orang salah faham.

“Patut boleh tanya saya sendiri hal tawaran dan bayaran.  Bukan daripada  orang lain  atau bersangka sangka sahaja.

“Begitulah dengan  Cico, sejak dia mula pulih daripada masalah kesukaran bercakap, saya ada beritahu, kalau produser produser nak ajak dia kembali berlakon , boleh saja.

“Bagaimana pun  kena lah kita  duduk berbincang skrip, watak dan sebagainya dulu, “cerita Uji Rashid.

Pokoknya berbincang dulu dengan artis bukan hanya dengar cakap cakap orang lain.

Semalam heroin jelita yang mula  popular melalui filem arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulung, Permintaan Terakhir  era 70an  dan telah  banyak menjayakan drama drama TV , hadir dengan anak dan cucu tunggalnya (anak Cico dengan bekas isteri), pada majlis ulang tahun kelahiran ke 70, komposer S.Atan di Restoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas.

Cico kelihatan sihat walaupun masih bercakap dalam nada perlahan setelah lebih setahun  menjalani rawatan  masalah bahagian tekak selepas jatuh sakit (dipercayai dianiaya kawan) pada 2016.

Uji Rashid yang terbilang sebagai penyanyi popular 70an dan  lagu lagu nyanyiannya yang evergreen masih disukai ramai pada  hari ini , juga  memenuhi undangan  persembahan.

“Memang dah lama tak berlakon tapi masih aktif menyanyi , “katanya.

Beliau terkilan apabila ada  menyangka begitu  demanding soal   bayaran dalam kerja merujuk dengannya.

Namun jangan ada pula yang mengambil kesempatan bila artis senior dilihat sudi  bertolak ansur soal kerja.

Para produser  filem dan drama patut hargai  bintang bernama besar dan lebih lama dalam industri dengan bayaran ‘sesuka hati’ atau lebih kurang.

Ada artis lain sebelum ini mengeluh menerima bayaran rendah berbanding artis muda gah kerana pengikut di laman sosial.

Mereka  wajar dibayar harga berpatutan dan jangan itu difikir sudah mahal sangat oleh golongan produser.

Tidak bermaksud mahu  harga tinggi melampau tetapi memadai bayarannya dengan tidak  sedikit atau kedekut daripada penerbit atau mereka  yang semacam nak ‘cekik darah’!

Ruang komen
Huzz
News Reporter