SYAMEL dan ERNIE ZAKRI bergabung dalam ‘AN AFTERNOON OF ELEGANCE WITH SYAMEL & ERNIE ZAKRI – WHEN HEART NEED A BEAT’

Penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri bakal membuat kemunculan istimewa sempena minggu setiausaha di Hotel Marriot Putrajaya pada 24 April 2019.

Majlis diberi nama An Afternoon Of Elegance With Syamel & Ernie Zakri – When A Heart Needs A Beat anjuran Nafis Global Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Rocketfuel Entertainment ini mengangkat tema Klasik & Elegan dan akan berlangsung selama tiga jam bermula 12.00 tengah hari.

Para tetamu dan jemputan akan dihiburkan dengan alunan merdu nyanyian dua penyanyi popular ini yang akan mempersembahkan 12 buah lagu hits solo dan duet masing-masing serta lagu-lagu ‘cover’ dalam bahasa inggeris dan beberapa kejutan menarik menanti penonton.

Menurut Pengarah Urusan Nafis Global Resources Sdn Bhd, Lidya Ismail, dua bintang ini dipilih kerana kredibiliti dan kehebatan vokal mereka.

“Kehebatan Syamel dan Ernie Zakri memang tidak perlu dipertikai lagi. Bukan sahaja mempunyai vokal yang mantap malah pooulariti dan perjalanan kerjaya mereka yang sangat memberangsangkan.

“Selain itu, mereka juga mempunyai aura yang tersendiri selain memiliki jumlah peminat yang ramai terutamanya di laman media sosial,” kata Lidya.

Sementara itu, Syamel mendedahkan dia dan Ernie akan tampil berbeza pada persembahan kali ini.

“Buat masa ini lagu yang akan kami persembahkan masih belum diputuskan lagi. Kami berdua masing-masing akan menyanyi empat lagu solo dan empat lagu duet pada majlis itu nanti.

“Apa yang pasti adalah penonton yang hadir akan dapat menyaksikan kelainan kami menyanyi pelbagai jenis lagu selain rentak balada.

“Selain itu kami juga akan buat kelainan dengan mengubah susunan muzik lagu yang kami akan persembahkan nanti.

Ernie pula memberitahu bahawa berpeluang mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha adalah perkara yang sudah lama diimpikannya.

“Ini adalah satu penghargaan buat kami penyanyi baru. Kami pernah bercerita keinginan untuk mengadakan persembahan di minggu setiausaha dan kini impian kami tercapai.

“Untuk persembahan pada majlis itu nanti, kami akan mempersembahkan pelbagai jenis lagu Melayu dan Inggeris mengikut penonton yang hadir.

“Menariknya, pada majlis itu nanti kami akan menyampaikan lagu duet terbaru kami berjudul Takkan Terlerai buat pertama kalinya secara live,” kata Ernie.

An Afternoon Of Elegance With Syamel & Ernie Zakri – When Heart Needs A Beat akan diiringi pemuzik berpengalaman tanah air secara ‘live’ di bawah pimpinan pengarah muzik, Baji.

Sebahagaian hasil kutipan tiket showcase istimewa yang akan dihoskan oleh penyampi radio ERA, Haniff Hamzah ini aakn disalurkan kepada Yayasan Afdlin Shauki bagi tujuan mengumpul dana sosial untuk Tabung Misi Bantuan Kemanusiaan Syria.

Tiket dijual pada harga RM3500, RM5000, RM7000 dan RM10000 (VIP) untuk sebuah meja untuk 10 orang yang dilengkapi dengan hidangan set makan tengah hari serta cenderamata istimewa.

Bagi yang berminat, tempahan meja atau tiket individu boleh dibuat dengan menghubungi talian 018-2993868.

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi, di Instagram @HappyPills.Beat

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!