Syafiq Kyle dan Mimi Lana bergabung dalam filem Pusaka

Bagi peminat filem genre seram, jangan lupa tonton filem Pusaka yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 31 Oktober ini.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2 juta terbitan Astro Shaw dan Director’s Think Tank dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari di Kuala Lumpur, Batu Gajah, Taiping dan Gopeng ini menampilkan lakonan mantap Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Draman Muhammad, Aloy Paradox, dan Yuna Rahim.

Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, filem Pusaka mengisarkan tentang seorang Inspektor Nuar Ishak lakonan Syafiq Kyle telah menemui mayat dan seorang wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.

Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan dan kematian. Walaupun merasakan dirinya semakin hilang pertimbangan disamping mempunyai permasalahan antara adik kembarnya Nur (Mimi Lana), dia harus menyelesaikan kes ini sebelum ada nyawa yang hilang.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!