Suka sama suka, Zamani dan Juliana lekaslah bertunang

Foto: Faisol Mustafa

PERNAH berahsia tentang cinta. Ditanya soal pasangan, jawapannya, mengaku pasrah jodoh ada atau tidak.

Bagaimanapun pada suasana lebaran tahun ini, penyanyi Zamani Ibrahim   (vokalis Slam), bersuara tentang bakal isteri.

Zamani mengaku pada waktu ini masih mencari dan  menantikan tarikh sesuai untuk dia dengan gadis dikenali sebagai  Juliana, bertunang.

Serius soal nak bertunang, respons ramai peminat di laman sosial, merestui  hasrat Zamani itu yang dilapor sebuah akhbar tempatan.

URTV berharap, pada usia 48 tahun, Zamani akan bertemu jodoh. Lekas bertunang, lekas berkahwin.

Kisah putus cinta era 90an sebelum ini sudah berlalu. Jangan jadi penghalang berumah tangga. Rakan rakan artis juga menyambut baik berita ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!