Sufie Rashid sah suami Nurulain

JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28, selamat bernikah dengan tunangnya ahli perniagaan Nurulain Md Yusof, sebentar tadi.

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid dengan sekali lafaz sah menjadi suami   pengasas produk makanan Krispy Krunchee.

Mereka  telah bertunang  pada 15 Disember 2018.

Majlis pernikahan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat dala, suasana sederhana atas permintaan keluarga mereka di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Pihak pengantin perempuan membalas sembilan hantaran kepada rombongan pengantin lelaki yang membawa  tujuh bekas hantaran antaranya termasuk hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta Mas Kahwin sebanyak SD 300.00 dengan sebentuk cincin.

Sufie dinikahkan oleh bapa Nurulain  dan dikendalikan  oleh juru nikah yaitu  Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.

Pasangan yang mula berkenalan pada akhir  2016  akan melangsungkan majlis resepsi esok (22 September 2019) di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

“Saya bersyukur  bertemu jodoh dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni.

“Mohon semua doakan kami kekal bahagia sampai ke syurga,”kata Sufie.

Majlis pernikahan serta persandingan telah di sediakan oleh perancang majlis Dwjkarya  Wedding dan Event.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!