Sinopsis & Trailer filem XXRAY III

TARIKH TAYANGAN: 24 Januari 2018
PENGARAH: Aziz M.Osman
GENRE: Sains Fiksyen
TERBITAN: Ace Motion Production Sdn. Bhd
PELAKON: Izzue Islam, Nonny Nadirah, Adam John, Dazrin Kamaruddin, Ardell Aryana, Ashraf Muslim, Saiful Apek, Dato Rahim Razali, Dato Jalaludin Hassan, Razak Ahmad dan Aziz M.Osman

SINOPSIS
XX Ray III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.
Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.
Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.
Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.
Apakah yang terjadi seterusnya, filem terbitan Ace Motion Pictures Sdn. Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negeri pada 24 Januari 2019

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!