Simpan perasaan, ANDI BERNADEE harap diberi SATU PELUANG

Penyanyi popular dan bekas peserta program Big Stage, Andi Bernadee akui dia ada menyimpan perasaan pada seseorang dan berharap diberi peluang untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Kata Andi atau nama penuhnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 26,”Iya betul. Tapi itu hanya kisah yang terdapat dalam single terbaru saya berjudul Satu Peluang ciptaan Alif…hehehe.

“Satu peluang sebenarnya mengisahkan tentang seseorang yang menyimpan perasaan pada orang yang disukainya dan ingin satu peluang untuk mengenali orang yang disukainya itu dengan lebih mendalam.

“Alhamdulillah respon terhadap lagu Satu Peluang amat bagus. Dalam tempoh 24 jam lagu ini dilancarkan di platform digital, lagu ini terus melonjak naik ke nombor 2 carta itunes malaysia.

“Dan lebih membanggakan, pada hari ke dua lagu ini telah berjaya mendapat tempat pertama di carta itunes Malaysia.

“Saya juga terima macam-macam video , orang menari zumba la , orang tengah menjual kuih muih, peniaga-peniaga pakaian sedang memutarkan lagu Satu Peluang. Ini adalah petanda lagu saya diterima baik oleh peminat muzik tanahair.

“Rakan-rakan artis juga banyak membantu saya dengan menyokong lagu ini, tanpa saya minta. Saya amat berterima kasih atas sokongan mereka,” cerita Andi.

Tambah Andi, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi pada lagu Satu Peluang.

“Harapan saya hanya agar lagu terbaru ini akan diterima ramai dan diputarkan dicorong-corong radio sahaja.

“Kalau berjaya dimana-mana carta radio ia adalah satu bonus andai ia berlaku,” kata Andi.

Lagu Satu peluang yang juga merupakan lagu ost drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek boleh didapati disemua platform digital seperti Spotify, itunes, Deezer, Apple Music dan KKbox di pautan https://wmm.lnk.to/1peluang

Foto: Instagram @andibernadee

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!