[VIDEO] SIAPA MODEL PILIHAN ARJA LEE?

DUA model wanita. Sedang berkawan. Siapa yang akan menang menawan hatinya… itulah bakal isterinya nanti.

Bukan sinopsis drama atau filem… ini realiti kehidupan pelakon yang punya raut wajah manis pandang tak jemu, Arja Lee.

Secara eksklusif Arja memberitahu URTV, “Sedang berkawan. Status saya….setakat ini,  still single dan masih  memerhati…antara kedua dua model yang saya buat kawan tu, siapa yang layak menjadi isteri?”

Pun begitu siapa dua gerangan gadis itu, masih dirahsiakan daripada pengetahuan peminat, sekadar membuat pengakuan kepada URTV, dirinya sedang tertarik berkenal dekat dengan kedua-duanya.

Tapi pasti yang nak dipilih, hanya satu.

Arja mengaku suka perempuan lebih tinggi berkerjaya model. 

Dan dalam pada itu sesudah 4 tahun tak berlakon, Arja kembali aktif tahun ini.

Malah, cerita kononnya jejaka iras lelaki Korea dikatakan pernah kena ban oleh stesen TV ternyata tidak benar apabila kelibatnya kembali muncul di Astro, RTM selain saluran Unifi tahun ini, setelah empat tahun menyepi.

Besar harapannya berpeluang dapat banyak undangan dengan TV3.

Jom layan video wawancara Huzz dengan Arja Lee untuk URTV.  Ikuti pengakuannya tentang cinta dan karier.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!