Shuk rindu SYJ

Foto: Azlina Othman

Pelawak, penyampai radio dan pengacara popular, Shuk mendedahkan dia tidak pasti akan menyertai atau tidak mana-mana program realiti lawak seperti Maharaja Lawak Mega (MLM) tahun ini jika ditawarkan.

Menurut Shuk, jika mendapat pasukan yang serasi seperti kumpulan SYJ yang dianggotai dirinya bersama Yassin dan Jihan, mungkin dia akan pertimbangkan untuk menyertai program pertandingan lawak.

“Dengarnya tahun ini akan ada lagi pertandingan lawak, MLM. Tapi saya tak pasti lagi ingin sertai atau tidak. Tapi kalau dapat team yang bagus dan chemistry yang baik seperti SYJ, pasti saya akan sertai.

shuk

“Sebenarnya, saya rindu nak beraksi bersama SYJ. Tapi impian itu tidak akan jadi kenyataan kerana Jihan tidak akan bertanding dan Yasin sibuk dengan urusannya,” luah Shuk.

Tambah Shuk, menyertai mana-mana pertandingan memberi impak kepada seseorang. Sama ada daripada sudut positif dan negatif.

“Menyertai pertandingan ada baik dan buruknya. Jika berjaya nama kita akan semakin meningkat dan menjadi sebutan ramai. Tapi jika gagal dan tersingkir awal, mereka hanya akan nampak kegagalan terbaru dan padam kejayaan dan siapa kita sebelum ini.

“Pentas lawak adalah tempat saya lahir dalam industri ini. Kalau rindu, pasti saya akan kembali menyertai dan memeriahkan pentas pertandingan lawak,” cerita Shuk.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!