“Show kenduri kahwin pun saya terima” – IBNOR RIZA masih aktif menyanyi

Lama tak mendengar khabar penyanyi Ibnor Riza yang popular era 80an. Baru-baru ini URTV berpeluang menemubual penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah ini.

Tidak menyepi atau bersara daripada bidang nyanyian, Ibnor Riza masih aktif menyanyi.

“Saya sebenarnya masih menyanyi macam biasa. Cuma kurang mendapat liputan daripada media.

“Alhamdulillah rezeki dalam bidang nyanyian masih ada. Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada undangan show yang saya terima.

“Saya jenis tak memilih. Show menyanyi di kenduri kahwin pun saya terima. Janji bayaran yang ditawarkan munasabah,” kata Ibnor kepada URTV baru-baru ini.

Bercerita tentang perkembangan terbaharu, Ibnor sudah pun muncul dengan lagu baharu berjudul Resah Seoran Perindu yang boleh didengar di Youtube.

Ibnor juga bakal membuat kemunculan di Konsert Amal Bersama Bintang Lagenda 80an di Panggung Sari, Istana Budaya pada 19 dan 20 April 2019.

Antara artis lain yang turut membuat persembahan adalah Shidee, Zamree, Datuk Nassier Wahab, Othman Hamzah, Datuk Malek Ridhwan, Razia Ismail, Dwen, Azizul Khamis, Salwa Abd Rahman, Rohana Jalil, Zureda, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Jom tonton video temubual khas URTV bersama Ibnor Riza baru-baru ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!