SHAH X FACTOR KAHWIN LAGI, HANTARANNYA…AMANAH BESAR

PERNAH berkahwin hujung tahun 2010 dan bercerai dua tahun lalu , duda seorang anak,  Shah atau Irwan Shah Azhar (anggota X Factor) dijadual  bernikah lagi, pertengahan November ini.

“Alhamdulillah, kami ditunangkan kedua dua belah keluarga, 7 Julai tahun ini, waktu saya masih di Melbourne dan Tun Fatimah Nazam, 38 sedang di London.

“Insya Allah , 18 November ni, Mas Kahwin RM6000 dan hantaran kahwinnya sebuah amanah. Itu diminta keluarga Tun Fatimah. Mereka mohon saya pelihara amanah, jaga dia (seorang pramugari penerbangan Singapore Airlines) dengan baik, “demikian pengakuan eksklusif Shah kepada URTV Online.

“Dia kenalan lama. Pun begitu, sebelum ini, kami tak selalu jumpa. Kenal tahun 2006, jumpa sekali saja dan berkawan.

“Tahun 2010 pernah jumpa sekali dan 2018 jumpa sekali lagi waktu di Melbourne.

Shah dan Tun Fatimah dijadualkan bernikah 18 November ini di Masjid Kampung Raja Uda, Klang, Selangor.

“Saling jatuh cinta bila Shah single semula bila dah berpisah dengan bekas isteri. Tun pun single. So bila dah suka sama suka, Shah suruh famili di Kuala Lumpur merisik.

” Shah di Melbourne dekat dua tahun sebab urusan kerja, majikan Shah yang handle event dinosour di Kuala Lumpur.

“Doa dan harapan Shah mahu perkahwinan ini kekal sampai ke Jannah. Kegagalan rumah tangga lalu, diharap tak berulang.

“Alhamdulillah pada perkahwinan lalu, Shah ada seorang anak perempuan Puteri Ariana Xara Safiya, 4,” ceritanya.

Semoga jodoh kali keduanya, bahagia dan  berkekalan. Amin.

Shah juga mengatakan walaupun X Factor tak aktif dipentas, mereka berlima (Shah, Jim , Danny, Zach dan Fendi), masih berhubung dan baik walaupun jarang bertemu.

“Buat waktu ni belum plan nak comeback dalam dunia nyanyian namun tak putus hubungan persahabatan,”akuinya.

Kumpulan X Factor masih berkawan baik walaupun bertahun tak aktif menyanyi
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!