Sesibuk mana pun bekerja, saya tak abai suami – Sharifah Zarina  

SETELAH lebih 16 tahun berkahwin dan punya tiga orang anak, penyanyi Sharifah Zarina melakar bahagia  dengan memikul tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak.

“Sesibuk mana pun kerja, saya tak abaikan suami. Begitulah dengan anak-anak. Saya tahu mereka selalu memerlukan saya. Sebagai isteri dan ibu, ada lah menjadi tugas utama saya menguruskan makan,minum pakai mereka ketika  di rumah,” cerita Sharifah Zarina kepada URTV.

“Suami ada lah ketua keluarga . Dia mencari rezeki untuk kami. Jadi perhatian terhadap suami tidak boleh dilalaikan dengan berharap dia faham yang saya juga bekerja. Kalau sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi, saya kena ingat, isteri dan ibu ada ah tunjang utama keluarga, jangan lupa waktu untuk mereka.

“Antara kami sangat akrab. Mereka manja dengan saya, contoh kalau saya ni keluar rumah dalam setengah jam, telefon pasti berdering, terasa ketiadaan saya dirasai,” cerita Sharifah Zarina berkongsi kebahagiaan hidup berumah tangga.

Jadi kalau ada yang memikirkan, artis cantik dan bergaya macam Sharifah Zarina memerlukan pembantu rumah atau tidak berpenat di rumah, tanggapan itu salah. Bagi penyanyi ini, penat dan sibuk bukan alasan untuk kurangkan perhatian kepada suami dan anak-anak.

“Kesibukan jangan sampai melalaikan keluarga, kena ada jadual kerja dan masa dengan tidak membuatkan mereka berasa kesepian,” pesannya yang memahami erti pengorbanan untuk keluarga.

Antaranya dan suami juga mengeratkan kasih sayang tanpa berburuk sangka, cemburu dengan kematangan hidup suami isteri. Dia menyayangi suaminya Buswani Abdillah, 46, dan anak-anak mereka  Athalia Deena, 16, Ariana Deena, 11 dan Alfenriz Habeeb,10,  sepenuh hati.

Persefahaman suami isteri dan kasih sayang seisi keluarga penyumbang bahagia sejati dalam sesebuah rumah tangga itu.

Jadi kepada yang sedang hidup bersuami isteri apatah lagi sudah punya anak-anak, cubalah membahagiakan perkahwinan dengan cara sebaik-baiknya. Baik suami atau isteri teguhkan hubungan dan jangan mudah goyah mengikut emosi dan sebagainya.

Sedang mempromosikan lagu Pernah Bahagia setelah menyertai Gegar Vaganzapada 2014 lalu, lesen dan sokongan suami kepadanya sebagai penyanyi tak membuat beliau lupa kewajipan sebagai isteri dan ibu.

“Alhamdulillah, kembali semula ke gelanggang hiburan dengan single terbaharu yang mendapat sambutan baik. Sudah terpilih sebagai OST drama Utusan CintaBuat Adam(untuk slot Akasia TV3) tak lama lagi.

“Saya percaya Allah sentiasa memberi ruang dan peluang bila manusia yang tak lekang berdoa dan berusaha,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu hitsnya  lebih 10 tahun lalu, berjudul Langit Ke Tujuhini yang gembira respons yang baik daripada peminat lama dan baru terhadap kerjaya seninya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!