“Seseorang buat sesuatu mesti ada sebab…hanya dia dan Tuhan yang tahu” – ERRA FAZIRA

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira akui setiap orang melalui ujian yang berbeza daripada Allah. Mungkin sebab itu ada sesetengah wanita yang sudah bertudung mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung mungkin kerana iman mereka tidak kuat.

“Mungkin pengalaman, kematangan dan banyak faktor lain membuatkan mereka buat keputusan seperti itu. Kita tak boleh jatuh hukum atas keputusan yang mereka lakukan.

“Seseorang buat sesuatu mesti ada sebab. Hanya dia dan tuhan yang tahu sebabnya. Tak perlu lah kita mengecam. Lebih baik kita berdoa yang terbaik untuk mereka.”

Tonton video Erra bercerita lanjut isu buka tudung dan bagaimana dirinya istiqomah untuk kekal bertudung semasa pelancaran koleksi hijab The Primadona kerjasama Sofearose dan Erra Fazira di The Ame Soeur, Bukit Jalil baru-baru ini.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!