“Seronok dan meriah berbuka di set” – AZHAN RANI

Foto: ZULHILMI ZAINI

Pelakon Azhan Rani akui dia lebih gemar berbuka puasa di lokasi penggambaran berbanding dirumah.

Menurut pelakon yang popular dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur dan Nur 2, sepanjang ramadan ini beliau akan sibuk terlibat dengan beberapa penggambaran.

“Saya dari dulu memang suka shooting semasa bulan Ramadan. Kalau duduk rumah tengok rancangan memasak rasa terliur pula..huhuhu.

“Jadi tahun ini saya akan sibuk dengan shooting dan berpuasa dilokasi penggambaran.

“Apa yang seronok shooting bulan puasa adalah berbuka di set penggambaran. Seronok dan meriah bila berbuka ramai-ramai setelah penat bekerja,” kata Azhan Rani ketika ditemui semasa sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 di hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!