Separuh akhir GADIS PANCA MYBEAUTY 2018 di QUILL CITY MALL esok

Saringan pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 yang dibawakan oleh akhbar nombor satu dalam negara, Mingguan Malaysia melalui sisipan popularnya, Pancaindera peringkat separuh akhir bakal berlangsung esok (9 November 2018) di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Program pencarian bakat yang mendapat kerjasama oleh MyBeauty selaku penaja utama ini membabitkan gadis-gadis berusia 16 hingga 25 tahun untuk menyemarakkan industri seni dan hiburan tanah air melalui mencungkil bakat-bakat baharu.

Gadis Panca MyBeauty 2018 turut mendapat penajaan daripada Datuk A. Aida yang merupakan penerbit filem dan pemilik produksi A. Aida Production Sdn. Bhd. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. berbesar hati menaja hadiah berupa percutian kepada pemenang. Jurumekap Tasha Hunny dan Ila Hamzaa yang bertanggungjawab menata rias wajah setiap peserta terlibat sepanjang program berlangsung.

Majlis adakan diacarakan oleh Roslan Shah. Vokalis kumpulan Flybaits yang popular dengan lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta, Fredo bakal menghiburkan semua hadiran.

Majlis juga akan dimeriahkan lagi dengan dendangan suara merdu daripada penyanyi popular Ernie Zakrie yang bakal membuat kemunculan khas pada hari berkenaan.

Bakal hadir juga barisan pelakon popular Rita Rudaini dan Elizad Sharifuddin.

Juara Gadis Panca musim pertama, Siti Khadijah Abdul Halim, Nur Ainaa Azhari (tempat kedua), Azlin Abdul Aziz (ketiga) serta finalis Silfeny Mohd. Osman dan Nelissa Edreena Nizam turut memberi sokongan kepada peserta.

Hanya 10 peserta yang dipilih dan bakal mara ke final Gadis Panca MyBeauty 2018 pada 14 Disember 2018 ini.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!