SENIMAN anjur ‘larian amal’, SENIMAN RUN 2.0 2019

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan menganjurkan acara larian amal, Seniman Run 2.0 2019 pada 16 Februari 2019 di Jalan Raya, Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Acara larian amal dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dianjurkan bagi mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli-ahli Seniman yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.

Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, selain mengumpul dana kebajikan, acara ini turut mempromosi serta mengembangkan lagi potensi Seniman sebagai salah satu organisasi yang membela dan menjaga kebajikan pencinta seni tanahair.

“Setiap peserta yang menyertai larian itu akan dikenakan yuran penyertaan dan sebahagian daripadanya kami akan salurkan kepada tabung prihatin Seniman.

seniman run 2.0

“Dalam masa yang sama ianya bertujuan merencana serta menyemarakkan kempen gaya hidup sihat disamping sebagai satu program pembangunan rekreasi dan kecergasan diperingkat akar umbi serta mendekatkan lagi masyarakat dengan golongan pencinta dan pengamal seni tanahair.

“Alhamdulillah setakat ini kami sudah menerima 1,300 penyertaan daripada orang ramai dan menjangkakan angka itu bertambah kepada 3,000 peserta,” kata Zed Zaidi.

Seniman Run 2.0 2019 adalah acara larian 10km dan 5km yang menawarkan hadiah yang menarik kepada kesemua peserta yang menyertai. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti zumba, pameran dan jualan, sesi bertemu artis dan macam-macam lagi.

seniman run 2.0

Bagi yang berminat, boleh layari www.racexasia.com/event/seniman-run 2.0 sebelum 31 Disember ini untuk menyertai larian Seniman Run 2.0 2019.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!