Senarai Rancangan-Rancangan Menarik Sempena Aidilfitri 2018 Di TV3

ANDAINYA TAKDIR 2
Tarikh               : Mulai 13 Jun 2018
Masa Siaran      : Rabu – Jumaat, 9.00 malam, 20 episod.
Pelakon            : Syukri Yahaya, Nina Iskandar, Balkis, Mas Khan, Faradhiya, Idris Khan,
Sheila Mambo, Idris Mat Diah.
SINOPSIS: Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Fatihah pula mula merasakan kepayahan hidup tanpa seorang suami. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

DAHLIA: CIK SEMPURNA
Tarikh               : Mulai 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu– Ahad, 6.58 malam, 21 episod
Pelakon            : Azrel Ismail, Amirul Faqeem, Azira Syafinaz, Dayang Areeda, Nor Albaniah, Fazlina
Ahmad Daud, Arman Graseka, Cantriona Ross
SINOPSIS: Si kakak, Noreen, sangat pembesih dan cerewet! Di pejabat juga semua staf meluat dengan sikap Noreen yang terlalu terperinci. Di rumah tak ada sampah walaupun sikit. Masalahnya Noreen selalu mengamuk kerana dia tinggal bersama adiknya yang pemalas. Si adik, Munirah, sangat pemalas dan pengotor! Tapi bila bab penampilan, sentiasa nak cantik dan bergaya. Tetapi dia seorang yang ceria. Sentiasa menebalkan telinga kalau Noreen membebel. Kisah lucu bila mereka berjodoh dengan pasangan yang sikap kontras dengan mereka. Lalu banyak dipaparkan pengajaran dan kesabaran mendepani serta menerima pasangan suami isteri selepas kahwin.

AKASIA: JANGAN BENCI CINTAKU
Tarikh               : Mulai 29 Jun 2018
Masa Siaran      : Isnin – Jumaat, 7.00 malam, 28 episod.
Pelakon            : Janna Nick, Zul Ariffin
SINOPSIS: Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tidak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

TELEFILEM
MENTARI
Tarikh               : Malam Raya, 14 Jun 2018
Masa Siaran      : Khamis, 10.00 malam
Pelakon            : Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Adi Putra, Syafiq Kyle
SINOPSIS: Mentari meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash. Namun ayahnya, Dato’ Ikmal sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid.

DIN SARDIN BERAYA
Tarikh               : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 9.30 pagi
Pelakon            : Izzue Islam, Emma Maembong, Delimawati, Kazar Saisi, Bell Ngasri
SINOPSIS: Din dan Che Ta baru sahaja mengikat tali pertunangan. Kemudian, Din semakin rapat dengan seorang perempuan bernama Riana dan sering menghabiskan masa bersama. Che Ta mencurigai kesetiaan Din dan mendapati tunangnya keluar bersama Riana di sebuah tempat mewah. Sebenarnya, Riana merupakan anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlibat dalam operasi bersepadu dengan JPJ untuk memburu sindiket kereta klon. Sewaktu bertugas, Din jatuh dan hanyut dalam sungai tetapi telah diselamatkan oleh orang asli. Dia pergi berjumpa dengan Che Ta serta menyarungkan semula cincin yang dipulangkan olehnya.

DI PENGHUJUNG SUJUD
Tarikh               : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 2.00 petang
Pelakon            : Wan Maimunah, Ayda Jebat, Redza Rosli, Fezrul Khan
SINOPSIS: Arif cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung. Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu bakal menyentuh jiwa penonton.

BAJU RAYA EKSKLUSIF
Tarikh               : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 5.00 petang
Pelakon            : Scha Alyahya, Lia Natalia, Didie Alias, Isey Titan, Fazlina Ahmad Daud, Sara Clever Girl, Roslan Shah
SINOPSIS: Shunurin dan Hazwani merupakan sepupu. Tahun ini, mereka merancang untuk menjual baju raya yang eksklusif atas talian. Di pekan, dia berkenalan dengan Ramlah yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen di butik yang popular. Mendengar pelan perniagaan Ramlah, Shunurin dan Hazwani tertarik lalu menghabiskan wang simpanan untuk dijadikan modal. Permulaan perniagaan mereka memang laris dan banyak menerima tempahan. Namun, di penghujung Ramadan, Ramlah menghilangkan diri bersama-sama duit mereka. Akhirnya, Ramlah berjaya diberkas, Ramlah merupakan ejen sindiket rompak stor Gudang pakaian dari butik popular dan menjual melalui pasaran gelap.

SELIRAT
Tarikh               : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 9.00 malam
Pelakon            : Shukri Yahaya, Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Mimi Lana
SINOPSIS: Mengisahkan tentang Dharma yang sengaja mengatur pertarungan antara Azrul dan Madi semata-mata untuk membalas dendam terhadap Azrul. Kali orang kanannya ditugaskan untuk merancang dan menjalankan pertarungan ini. Azrul dan Madi akhirnya terpedaya dan bertaruh demi menuntut hak masing-masing.Setelah mereka tersedar yang mereka ditipu akibat perancangan Dharma, mereka akhirnya bergabung untuk memburu Dharma.

SENARAI RAYA PAPA
Tarikh               : Hari Raya kedua, 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 9.30 pagi
Pelakon            : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Bella Dowana Mark Adam
SINOPSIS: Raya bakal menjelang, Fairuz terpaksa bekerja lebih masa untuk mengumpul duit bagi menampung perbelanjaan raya. Di dalam keluarga Fairuz, ahli keluarganya sering memberi senarai barang untuk hari raya. Tahun ini, senarainya itu lebih panjang dan mahal. Demi tidak mengecewakan keluarganya Fairuz bekerja lebih keras dan menyuruh pekerjanya kerja ‘overtime’ untuk mencapai target syarikat. Sehingga Fairuz mengalami stress dan mengidap penyakit jantung dan dimasukkan ke dalam hospital. Ahli keluarganya yang lain menyesal kerana sering membebankan Fairuz. Mereka berjanji tidak akan mengamalkan budaya ‘senarai raya’ lagi dan menyambut Hari Raya secara sederhana.

TAUBATKU
Tarikh           : Hari Raya kedua, 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 9.00 malam
Pelakon      : Syafiq Kyle, Syazuwan Hassan, Farah Nabila
SINOPSIS: Ismail dan Maisarah merupakan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki seorang anak. Mereka berniaga sate dan hidup bahagia. Akhirnya, Maisarah disahkan mengandung dan melahirkan Yusuf. Kehidupan bahagia mereka hanya sementara apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan Yusuf disahkan lumpuh seumur hidup. Tidak lama selepas itu, Maisarah pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Dunia Ismail terus berubah, dia penat bekerja dan menjaga Yusuf sehinggakan kebajikan Yusuf mula terabai.

PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN RAYA
Tarikh               : Hari Raya ketiga, 17 Jun 2018
Masa Siaran      : Ahad, 9.30 pagi
Pelakon            : Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail
SINOPSIS: Hani, Mizan dan anak mereka, Ghazali terjebak dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan Hani hilang ingatan. Dia cuma mengingati ibu bapanya serta bekas kekasihnya, Nizam. Mizan cuba untuk mengingatkan Hani tentang memori mereka bersama tetapi Hani nekad hendak berkahwin dengan Nizam. Dia meminta Mizan menceraikannya dan melarikan diri. Akhirnya, ingatan Hani kembali dan dia menyesal kerana meninggalkan anak dan suaminya. Namun, Mizan dan Ghazali maut dalam kemalangan jalanraya ketika bergegas pulang ke kampung untuk bertemu dengannya. 

BAHULU UNTUK OPAH
Tarikh               : Hari Raya ketiga, 17 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 5.00 petang
Pelakon            : Remy Ishak, Ruminah Sidek, Azhar Amir, Azizah Mahzan, Nada Syuhada
SINOPSIS: Badrul, seorang bekas banduan kembali ke kampung untuk menjaga opahnya, Halimah. Badrul telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana mencuri. Walaupun sering dicaci, dia nekad untuk menyara hidup opahnya yang mempunyai sakit nyanyuk atau Alzheimer. Dia susah mencari kerja kerana seorang bekas banduan. Badrul teringat masakan kegemaran Opahnya, dan terjumpa resepi Opah. Sejak itu, dia giat membuat bahulu dan berniaga di kampungnya. Ia mendapat sambutan yang baik namun sesuatu yang tidak dijangkakan bakal tiba.

MAK CUN PI AMERIKA LAGI
Tarikh               : Hari Raya keenam, 20 Jun 2018
Masa Siaran      : Rabu, 10.00 malam
Pelakon            : Erma Fatima, Umie Aida, Dato’ Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan
SINOPSIS: Mak Cun dan Manisah berkeras ingin mengikut Maya ke LA. Satu hari Mak Cun dan Manisah keluar sendiri apabila Maya tinggalkan mereka di rumah. Manisah mengajak Mak Cun berjalan-jalan kononnya hendak berjumpa dengan artis Hollywood.  Ketika sedang berjalan-jalan mereka berkenalan dengan Kelvin tanpa mnyedari Kelvin sebenarnya ialah penipu.  Dia mencuri bag tangan Manisah dan Mak Cun sehingga tinggal sehelai sepinggang. Akhirnya mereka terjumpa dengan Joyah. Joyah membantu mereka untuk mnyelesaikan masalah mereka. Mak Cun mengamuk kerana Manisah cuba menggoda suami Joyah. Joyah naik angin apabila mengetahui tentang hal itu dan menghalau mereka keluar. Joyah mencari mereka semula kerana tidak sampai hati. Setelah passport Mak Cun dan Manisah siap, mereka pun berkemas untuk pulang ke Malaysia tanpa diduga Manisah berubah fikiran sebelum berlepas ke Malaysia.

WAN PEAH BALIK BERAYA
Tarikh               : Hari Raya ketujuh, 21 Jun 2018
Masa Siaran      : Khamis, 10.00 malam
Pelakon            : Zee, Acap, Faiz, Norma Damanhuri, Sherry Al-Hadad, Janna Nick
SINOPSIS: Niat jahat Mas Ayu dapat dihidu oleh Wan Peah, memaksanya untuk kembali ke Kampung Kuala Pari Hilir. Niat baiknya untuk menyelamatkan penduduk kampung dari gangguan Malika disalahertikan oleh Yeh, Li dan Ghani. Orang kampung beserta tiga sekawan itu meminta maaf kepada Wan Peah kerana menyalahanggap tentang kehadirannya itu. Segalanya kembali jernih apabila Wan Peah mematahkan cucuk sanggul pusakanya membuatkan Malika hilang. Mas Ayu pula mendapat kifarah kerana mempunyai niat jahat terhadap Malika.

PENDOSA INGIN KE SYURGA
Tarikh               : Hari Raya kelapan, 22 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 10.00 malam
Pelakon            : Datuk Rosyam Nor, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Sherry Merlis
SINOPSIS: Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isterinya bersama ibunya di kampung. Janji Sufian kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. Namun, janji hanya tinggal janji. Sufian berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn. Anak mereka, Juanita yang kini berusia 19 tahun memberontak telah melarikan diri ke bandar. Juanita bertemu dengan Shawn di kelab tanpa mengetahui Shawn adalah bapa kandungnya. Mereka bercinta. Tibalah saat Juanita meminta Shawn bertemu penjaganya di kampung. Tiada kata yang keluar daripada mulut Shawn apabila Juanita membawanya bertemu Aisyah.

ISTANA FIRDAUS
Tarikh               : Hari Raya kesembilan, 23 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 9.00 malam
Pelakon            : Redza Rosli, Fasha Sandha, Nik Adam Mika, Fadzilah Mansor
SINOPSIS: Akibat dari terleka, Mak Su, pengasuh kepada Danial tidak sedar Darwish sudah tidak bermaya akibat tersedak susu. Darwish disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Sejak kejadian itu, Kamal tidak membenarkan Danial pergi ke rumah Mak Su. Mak Su sedar akan kealpaannya lalu dia memohon maaf kepada Liza. Liza menolak untuk bertemu dengannya. Sejak itu, Liza murung. Semua kerja rumah diambil alih Kamal. Danial merasakan dirinya terabai kerana ibu dan ayahnya sering bergaduh. Dalam diam, Danial curi-curi berjumpa Mak Su ketika dia ke masjid. Danial selalu berdoa supaya Allah mengambil nyawanya kerana dia ingin bersama-sama dengan Darwish untuk ke syurga Firdaus.

FILEM
J REVOLUSI
Tarikh               : Malam Raya, 14 Jun 2018
Masa Siaran      : Khamis, 10.00 malam
Pelakon                        : Izara Aishah, Zul Ariffin, Nur Fazura, Azad Jasmin, Farid Kamil, Iedil Putra
SINOPSIS: J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua serangan untuk UTK (Unit Tindakhas) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya begitu terlatih, digeruni dan mempunyai serangan maut, mereka adalah mimpi ngeri bagi semua pengganas.
Tetapi, apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang telah memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan kakaknya dan membongkar rahsia lelaki yang tidak mengalah untuk menghancurkan Jay.

MAEL LAMBONG
Tarikh           : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 11.30 pagi
Pelakon          : Zizan Razak, Juliana Evans, Salehuddin Abu Bakar
SINOPSIS: Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

MISSION IMPOSSIBLE ll
Tarikh           : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 12.30 tengah malam
Pelakon          : Tom Cruise, Dougray Scott, Thandie Newton, Ving Rhames, Richard Roxburgh, John Polson, Brendan Gleeson, Dominic Purcell
SINOPSIS: Organisasi penyiasatan IMF dibubarkan. Ethan Hunt perlu berdepan ancaman sebuah kumpulan yang dianggotai rangkaian agen khas berkemahiran tinggi, dipanggil Syndicate. Syndicate menyasarkan barisan penyiasat ‘new world order’ menerusi pelbagai siri serangan keganasan di seluruh dunia.

JANGAN PANDANG-PANDANG  
Tarikh           : Hari Raya kedua, 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 11.30 pagi
Pelakon          : Zizan Razak, Nas-t, Sara Ali, Miera Leyana, Azhar Sulaiman, Jaafar Onn, Erin Malek
SINOPSIS: Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

KABHI KUSHI KABHIE GHAM
Tarikh           : Hari Raya kedua, 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 2.00 petang
Pelakon          : Amitabh Bachchan, Jaya Bhaiduri, Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor Khan, Rani Mukerji
SINOPSIS: Yashvardhan Raichand hidup dengan cara hidup yang sangat mewah bersama isterinya, Nandini serta dua orang anak lelakinya, Rahul dan Rohan. Walaupun Rahul hanya merupakan anak angkat, Yashvardhan dan Nandini tetap melayan Rahul seperti anak kandung mereka sendiri. Apabila kedua-duanya telah dewasa, Yashvardhan dan Nandini mula mencari pasangan untuk Rahul dan menemui seorang gadis bernama Naina. Apabila Yashvardhan dan Nandini memberitahu Rahul tentang rancangan mereka, Rahul bertegas dia mencintai orang lain iaitu Anjali Sharma. Yashvardhan dan Nandini pergi menemui keluarga Anjali dan menyedari keluarga tidak setaraf dengan mereka.

BOBOIBOY THE MOVIE
Tarikh           : Hari Raya ketiga, 17 Jun 2018
Masa Siaran      : Ahad, 2.00 petang
Pelakon(Suara) : Nur Sarah Alisya, Anas Abdul Aziz, Mohd Fathi Diaz
SINOPSIS: Sekumpulan alien pemburu harta karun bernama Tengkotak telah tiba di bumi dan menculik Ochobot dengan tujuan menggunakannya untuk menemukan sebuah “Sfera Kuasa” yang kuat dan tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan rakan-rakan akan bersama berjuang untuk menyelamatkan Ochobot dan mengungkap rahsia di balik “Sfera Kuasa”.

SENJAKALA
Tarikh           : Hari Raya keempat, 18 Jun 2018
Masa Siaran      : Isnin, 4.00 petang
Pelakon          : Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Kamal Adli
SINOPSIS: Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama.

CAPTAIN AMERICA: THE FIRST AVENGER
Tarikh           : Hari Raya keempat, 18 Jun 2018
Masa Siaran      : Isnin, 9.00 malam
Pelakon          : Chris Evans, Hayley Atwell, Sebastian Stan, Tommy Lee Jones, Hugo Weaving,        Dominic Cooper, Samuel L. Jackson, Toby Jones
SINOPSIS: Selepas didapati tidak sesuai untuk perkhidmatan tentera, Steve Rogers menjadi sukarelawan bagi projek penyelidikan amat rahsia yang menukar dirinya menjadi Kapten Amerika, seorang wira yang berdedikasi bagi mempertahankan idea Amerika Syarikat.

NIYANG RAPIK
Tarikh           : Hari Raya kelima, 19 Jun 2018
Masa Siaran      : Selasa, 4.00 petang
Pelakon          : Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Zed Zaidi
SINOPSIS: Cerita bermula apabila dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri. Zack mati di sebabkan busung pada perutnya. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi, Saiful, Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.

THE AVENGERS

Tarikh           : Hari Raya kelima, 19 Jun 2018
Masa Siaran      : Selasa, 9.00 malam
Pelakon          : Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Tom Hiddleston, Clark Gregg, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson, Gwyneth Paltrow
SINOPSIS: Loki bertembung dengan the Other, pemimpin keturunan makhluk luar angkasa dikenali sebagai Chitauri. Sebagai pertukaran untuk mendapatkan Tesseract, sumber tenaga yang kuat dengan potensi tidak diketahui, the Other menjanjikan Loki tentera yang boleh digunakannya untuk menakluk bumi. Nick Fury, pengarah agensi perisikan S.H.I.E.L.D. dan leftenan beliau, Ejen Maria Hill tiba di kawasan terpencil fasiliti penyelidikan semasa satu pemindahan dimana ahli fizik Dr. Erik Selvig mengetuai pasukan penyelidikan eksperimen terhadap Tesseract. Loki mengambil Tesseract dan menggunakan tongkatnya untuk menghambakan Selvig serta beberapa ejen termasuk Clint Barton untuk membantunya. Sebagai respons kepada serangan itu, Fury mengaktifkan “Inisiatif Avengers”. Ejen Natasha Romanoff dihantar ke Kolkata untuk merekrut Dr. Bruce Banner untuk mengesan Tesseract melalui pelepasan radiasi gamma. Coulson melawat Tony Stark untuk menyuruhnya mengulas penyelidikan Selvig dan Fury mendekati Steve Rogers dengan tugasan untuk mendapatkan Tesseract.

REAL STEEL

Tarikh           : Hari Raya keenam, 20 Jun 2018
Masa Siaran      : Rabu, 2.00 petang
Pelakon          : Hugh Jackman, Evangeline Lilly, Dakota Goyo, Anthony Mackie, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn, Karl Yune, Olga Fonda
SINOPSIS: Mengisahkan mengenai harapan seorang lelaki, Charlie Kenton untuk bergelar juara dunia dalam sukan tinju musnah apabila sukan tersebut telah diambil alih oleh robot.Kemudian dia telah menukar kerjayanya sebagai seorang promoter tinju yang membabitkan pertandingan di antara robot, tetapi berhadapan dengan pelbagai kesukaran. Selepas itu dia telah bergabung dengan anak lelakinya untuk menghasilkan sebuah robot bernama Atom dan melatihnya untuk bergelar juara

JURASSIC PARK III
Tarikh           : Hari Raya ketujuh, 21 Jun 2018
Masa Siaran      : Khamis, 4.00 petang
Pelakon          : Sam Neill, William H. Macy, Téa Leoni
SINOPSIS: Selepas dipujuk oleh ahli perniagaan yang kaya yang ingin membuat lawatan ke Isla Sorna, tempat kedua InGen selepas taman tema Jurassic Park, Dr. Alan Grant akhirnya mengetahui niat sebenar jemputan itu. Satu insiden tragik terjadi dan mereka perlu melepaskan diri untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

KUCH-KUCH HOTA HAI

Tarikh           : Hari Raya kesembilan, 23 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 2 petang
Pelakon          : Shahrukh Khan, Kajol, Rani Mukherjee
SINOPSIS: Percintaan antara mahasiswa antara Rahul Khana, Anjali Sharmadan Tina Malhotra.  Rahul dan Anjali adalah sahabat dekat, sifat Anjali yang kasar membuat Rahul selesa berkawan dengannya. Sampai suatu hari datanglah mahasiswi cantik dari Oxford University bernama Tina Malhotra, anak pengarah kampus tersebut. Penampilan Tina berlainan daripada Anjali, dia sangat feminin dan cantik. Ini yang membuat Rahul tertarik padanya. Namun sebelum itu, ternyata Anjali ternyata menyimpan rasa pada Rahul.

MISSION IMPOSSIBLE lll

Tarikh           : 23 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 12.30 tengah malam
Pelakon          : Tom Cruise, Philip Seymour Hoffman, Ving Rhames, Billy Crudup, Michelle Monaghan, Jonathan Rhys Meyers, Keri Russell, Maggie Q, Simon Pegg
SINOPSIS: Ejen Ethan Hunt dikhianati oleh rakan baiknya dalam IMF. Selepas bersara, Ethan Hunt berdepan dengan ancaman dalam hidupnya apabila Owen Davian, seorang pengedar senjata api yang juga sasaran utama agensi tersebut mendedahkan identity.Lindsay Farris. Davian juga menculik isteri Hunt untuk mengugut Hunt supaya menunduk kepadanya.

RAUDHAH

JEJAK RASUL ULUL AZMI
Tarikh               : Hari Raya ketiga, 17 Jun 2018
Masa Siaran      : Ahad, 11.00 malam
Hos                  : Ahmad Fedtri Yahaya
SINOPSIS: Jejak Rasul: Ulul Azmi adalah tayangan istimewa Jejak Rasul terdahulu dan sedikit bingkisan rakaman Jejak Rasul di Egypt yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Jejak Rasul Ulul Azmi akan menceritakan kisah-kisah 5 nabi ulul azmi dengan animasi 3D.

GAYA HIDUP

MISI K
Tarikh           : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 4.00 petang
SINOPSIS:  Dokumentari Misi Kemanusiaan atau Misi K 2018 kali ini membawa penonton ke Turki mendekati pelarian Syria tatkala menghadapi musim sejuk.Misi selama 10 hari di Bumi Turki lebih menumpukan di daerah Gaziantep, Sanliurfa dan Kilis yang menempatkan kem pelarian juga rumah anak anak yatim/ibu tunggal. Krew mendekati mangsa perang dan mendengar isihati dan melihat keadaan mereka, mengundang perasaan yang pilu bagi setiap sukarelawan. Melalui misi ini rakyat Malaysia dapat melihat penderitaan yang dialami pelarian Syria. Pelbagai kisah duka dan tangis yang meruntun hati bagi setiap yang mendekatinya terutama dua kanak kanak mangsa perang, Shaema Taifa dan Bilal Ghassan yang hilang penglihatan akibat terkena serpihan bom.

BORAK KOPITIAM RAYA SPECIAL
Tarikh           : Hari Raya pertama – ketiga, 15 – 17 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat – Ahad, 7.00 pagi
Pelakon          : Dayah Bakar, Fiona Cheong, Fify Azmi, Muaz Koolfm, Hefny Sahad, Sarah Adiba, Zack Merican, Haziq Hussni
SINOPSIS: Raya tahun ini akan menjadi huru-hara, menarik dan penuh ketawa dengan #RayaNegRaya Borak Kopitiam. tahun ini akan menjadi lebih kecoh sebagai tuan rumah akan berkongsi makanan terbaik, koleksi kuih, kenangan nostalgia setiap negeri yang diundi oleh penonton semasa siaran Ramadan.

1, 2, BAKAR RAYA
Tarikh               : Hari Raya kedua, 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 11.30 pagi
Hos/selebriti      : Anis Nabilah, Erwin Dawson, Azira Defam, Manggis Defam, Sofia Defam
SINOPSIS: Anis Nabilah mempunyai misi untuk menjemput selebriti yang meminati kuih raya dan juadah hari raya yang bakal disediakannya.

ISTIMEWA MAJALAH 3
Tarikh               : Hari Raya keempat & kelima, 18 & 19 Jun 2018
Masa Siaran      : Isnin & Selasa, 6.00 petang
SINOPSIS:  Majalah 3 Istimewa Raya 2018 adalah kompilasi kisah-kisah menarik untuk tontonan santai di musim perayaan. Antara kisah menarik yang akan disiarkan ialah Anak Badak Penyambung Zuriat Spesies, Doktor Pokok, Jamil Kucing dan Dua Beruknya, Legasi Wau Gergasi.

HIBURAN

MAID RAYA
Tarikh               : Hari Raya pertama, 15 Jun 2018
Masa Siaran      : Jumaat, 11.00 malam
Hos                  : Shuib & Sarah
SINOPSIS: Bersama Shuib dan Sarah sebagai hos Maid Raya 2018. Mereka akan menjemput tetamu mereka untuk menyambut raya dan berkongsi kisah raya mereka.

SHERRY SHOW SPECIAL
Tarikh               : Hari Raya kedua, 16 Jun 2018
Masa Siaran      : Sabtu, 11.00 malam
Hos                  : Sherry Al-Hadad
SINOPSIS: Sherry dan selebriti jemputan akan bermain permainan kampung. Siapa yang kalah akan didenda, Ain Edruce dan Jiggy akan bertindak sebagai marshall.

MELODI RAYA
Tarikh               : Hari Raya ketiga & kesepuluh, 17 & 24 Jun 2018
Masa Siaran      : Ahad, 12.00 tengah hari
Hos                  : Janna Nick & Ajak
SINOPSIS: Melodi Raya 2018 kali ini tampil dengan konsep drama dan hiburan. Berlatarbelakangkan suasana kampung, Janna Nick dan Ajak akan pergi beraya kerumah-rumah kawan-kawan (selebriti) di hari raya. Mereka akan berborak santai dan dihiburkan dengan persembahan artis-artis jemputan.

MUZIK-MUZIK RAYA
Tarikh               : Hari Raya keempat, 18 Jun 2018
Masa Siaran      : Isnin, 11.00 malam
Hos                  : Haziq Husni & Sherry Al-Hadad
Selebriti            : Noraniza Idris, Hael Husaini, Ismail Izani, Erni Zakri, Khai Bahar, Wani Hasrita, Dayang
Nurfaizah
SINOPSIS: Episod istimewa raya dengan konsep rumah terbuka mengabungkan Irama Malaysia dan Kontemporari Moden.

BINTANG BERSAMA BINTANG RAYA
Tarikh               : Hari Raya kesepuluh, 24 Jun 2018
Masa Siaran      : Ahad, 9.00 malam
Hos                  : AG
SINOPSIS: Dihoskan oleh AG, rancangan realiti komedi bersama Abam, Achey, Ajak, Issey, Mark Adam & Shuk akan membuat persembahan sketsa dan parodi lagu-lagu Hari Raya. Persembahan mereka akan dinilai oleh Saiful Apek dan Erra Fazira sebagai juri.

KONSERT EMOJI
Tarikh               :  Hari Raya Kelapan, 22 jun 2018
Masa Siaran      :  Jumaat, 9.30 pagi
SINOPSIS: Sebuah konsert yang menghimpunkan penyanyi hebat seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Akim & The Majistret dan KRU. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu popular yang digemari orang ramai.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!